SEPANG 11 Julai – Veteran UMNO, Shahrir Samad berkata keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu tidak menjamin kestabilan politik.
Sebaliknya, beliau mengingatkan keputusan yang dibuat bukan kerana prinsip tetapi atas kepentingan sendiri dan kepentingan semasa itu, kemungkinan boleh terkena kepada diri sendiri.
“Jangan terperanjat apabila keadaan yang sama boleh terkena kepada diri sendiri. Tidak ada apa yang sekarang menghalang pertukaran sokongan tanpa meninggalkan parti.
Tak lompat, hanya ‘terkeluar’ dari parti sebab menyokong kepimpinan Ketua Dewan, iaitu PM. Bagaimana sebaliknya? Iaitu menarik sokongan dari Ketua Dewan tanpa keluar parti sendiri,” tulis Shahrir dalam hantaran Facebooknya.
Semalam Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memaklumkan Johari memaklumkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan perkara itu selepas dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, menerusi surat bertarikh 9 Julai..
Enam ahli Parlimen adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Nnnn
