Nik Nazmi tewas, Ramanan Naib Presiden

JOHOR BAHRU 23 Mei  – Tiga daripada empat penyandang Naib Presiden PKR berjaya mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti, hari ini.

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Seorang lagi penyandang Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, tersingkir dalam pertandingan 12 penjuru itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R Ramanan memenangi jawatan itu dengan memperoleh 5,895 undi, kedudukan kedua selepas Amirudin yang memperoleh 7,955 undi.

Dua Naib Presiden yang disenaraikan dalam kem Rafizi iaitu Aminuddin memperoleh 5,889 undi dan Lih Kang 5,757 undi.

Related posts

Leave a Comment