TELUK IINTAN13 Mei – Siasatan menyeluruh akan dijalankan berhubung kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan kes kemalangan maut membabitkan trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampan di sini, hari ini, akan dijalankan secara menyeluruh. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan juga akan memberi tumpuan kepada dakwaan bahawa lori berkenaan…
Read MoreMonth: May 2025
Pemandu lori nahas FRU ada 6 rekod jenayah
TELUK INTAN 13 Mei – Pemandu lori yang terbabit kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), di sini, hari ini, didapati memiliki pelbagai rekod jenayah lampau, kebanyakannya berkaitan dadah. Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata pemandu berusia 45 tahun itu yang kini dalam tahanan polis juga dipercayai mempunyai beberapa saman trafik tertunggak. Noor Hisam berkata, hasil ujian air kencing awal terhadap pemandu lori membawa muatan batu itu menunjukkan keputusan negatif tetapi siasatan lanjut masih dijalankan. Beliau memberitahu demikian kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Teluk…
Read MoreRusia bertanggungjawab tembak MH17
SEPANG – Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 196 warganegara Belanda serta 38 warga dan penduduk Australia pada tahun 2014. Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan demikian menerusi kenyataan berasingan oleh kerajaan Belanda dan Australia, yang menyifatkannya sebagai satu langkah penting ke arah keadilan serta pertanggungjawaban terhadap mangsa dan keluarga mereka. Kes terhadap Rusia dibawa ke ICAO pada tahun 2022 oleh kerajaan Belanda dan Australia, yang sejak awal konsisten menuntut keadilan dalam tragedi MH17. Pesawat…
Read MoreBerita pilihan…
Mantan Presiden menang Datuk Bandar Davao
MANILA – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, Mac lalu sekali lagi memenangi kerusi Datuk Bandar Davao City dalam pilihan raya pertengahan penggal tahun ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan awal selepas lebih 60 peratus undi dikira, Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya. Beliau sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dan kemudiannya dibawa ke ICC, di mana beliau masih ditahan. Duterte, ditahan di Manila oleh pihak polis susulan waran…
Read MoreRiyadh sambut lawatan Trump
RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan tiba di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa, bagi memulakan lawatan rasmi beliau ke Asia Barat selepas memegang jawatan itu bagi penggal kedua Januari lalu. Lawatan empat hari itu turut merangkumi persinggahan di Doha, Qatar dan Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menyamai kunjungan sulung antarabangsa beliau pada 2017 yang menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pertama. Semasa di Riyadh, Trump dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, selain menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara Teluk serta…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 13.05.2025
Undilah Nurul Izzah, itu sahaja pilihan – Rafizi
KULIM 12 Mei – “Undilah Nurul Izzah saudara saudari,” itu kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum beliau mengakhiri ucapan pada siri Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Rakyat (HIRUK) di Kedah, malam ini. Menteri Ekonomi itu berkata, itu sahaja pilihan keputusan yang ada kerana jika Nurul Izzah tewas, perkara itu dikhuatiri akan dijadikan naratif atau polemik bahawa anggota parti telah menolak presiden sendiri iaitu Anwar Ibrahim. “Kalau Izzah kalah (Timbalan Presiden PKR), apa mesejnya kepada rakyat? Mesejnya, anggota PKR menolak Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) …kalau (Nurul Izzah) kalah…jadi sebab…
Read MoreKes HFMD meningkat 266 peratus
PUTRAJAYA 12 Mei – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara menunjukkan peningkatan 266 peratus, dengan 99,601 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 2025 (ME 17/2025) berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu 10,421 kes (10 peratus) adalah berkaitan wabak, manakala 89,180 kes (90 peratus) berlaku secara sporadik dan setakat ini tiada kematian berkaitan HFMD dilaporkan. Lima negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi adalah Selangor dengan 27,118 kes (27.2 peratus), diikuti Johor 9,864 kes (9.9 peratus), Perak 9,347 kes…
Read MoreTekad Azam Baki selepas dilantik semula
PUTRAJAYA 12 Mei – Azam Baki menyatakan komitmen untuk terus menerajui agensi penguat kuasa dalam membanteras segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Katanya, langkah itu adalah demi mewujudkan sebuah negara yang makmur, adil dan sejahtera. “SPRM juga komited untuk meningkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara agar Malaysia terus dihormati dan diyakini di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan susulan pelantikan semula beliau mengetuai SPRM. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Azam…
Read More