Biro politik PKR bincang kos sara hidup

KUALA LUMPUR 29 Mei – Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan (PKR) bagi sesi 2025/2028 hari ini membincangkan mengenai langkah susulan terhadap kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden, Anwar Ibrahim itu turut menyentuh mengenai kesiapsiagaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (Sabah) yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurut kenyataan Biro Politik PKR, mesyuarat dimulakan dengan mengambil kira siri pelaksanaan dasar yang bakal dibawa oleh pihak eksekutif berserta impak terhadap kos sara hidup rakyat. Langkah susulan turut diperhalusi bagi memastikan manfaat kepada rakyat sentiasa menjadi…

Read More

KJ tidak terfikir kembali berpolitik

KUALA LUMPUR 29 Mei – Sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini, Khairy Jamaluddin tidak terfikir untuk kembali ke dunia politik sebaliknya mahu mengurus banyak perniagaan dan projek yang belum selesai. Bekas Menteri Kesihatan itu memberi bayangan bahawa beliau tidak akan kembali dalam dunia politik atau menyertai mana-mana parti dalam masa terdekat. “Saya cuma boleh cakap, ketika ini saya ada banyak projek yang belum selesai dan perlu diuruskan. “Saya juga agak gembira dengan apa yang dilakukan ketika ini, jadi sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini, tak terfikir untuk kembali ke dunia politik,” katanya.…

Read More

JAIJ tahan penceramah tanpa tauliah

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan seorang penceramah agama ditahan selepas disyaki memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah dekat Pasir Gudang, malam tadi. Pengarah JAINJ, Nasri Md Ali, berkata penahanan lelaki berusia 50 tahun itu dibuat kira-kira pukuk 8.30 malam tadi oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan penahanan seorang penceramah tempatan di Pasir Gudang. Menurut Nasir, penahanan dibuat bagi siasatan di bawah Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana mengajar agama…

Read More

Akmal terus tugas dalam ‘masa berbaki’

JOHOR BAHRU 29 Mei –  Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir membayangkan tidak akan mengikut jejak  Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletak jawatan dalam jemaah menteri. Dalam kenyataannya, beliau berkata segala tunjuk ajar serta teladan yang diberikan (Rafizi Ramli) akan terus menjadi pedoman untuknya menjalankan amanah dan tugas dalam masa yang berbaki ini. Semalam Rafizi meletak jawatan Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) selepas gagal mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan PKR baru-baru ini. Rafizi dan…

Read More

Duta sebak bangkit penderitaan kanak-kanak

NEW YORK – ““Mereka ini adalah kanak-kanak. Kanak-kanak… Kanak-kanak!” kata Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, dalam nada sebak bercampur marah. Beliau merujuk penderitaan dan kematian yang dialami kanak-kanak Palestin dalam konflik berterusan di Gaza ketika menyampaikan ucapan di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada semalam, Rabu. Dalam ucapan penuh emosi itu, Mansour berkongsi kisah Dr. Alaa al-Najjar, seorang doktor warga Palestin yang kehilangan sembilan daripada 10 orang anaknya. Lebih memilukan, anak-anak Dr Alaa dibawa ke hospital tempat beliau bertugas dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan rentung. “Ini…

Read More

Israel mengaku bunuh Sinwar

BAITULMAQDIS – Israel mengaku sudah membunuh pemimpin de facto Hamas, Mohammed Sinwar, yang didakwa mendalangi serangan pada 7 Oktober 2023 terhadap Israel, bersama arwah abangnya, Yahya. Menurut laporan media Israel, Sinwar menjadi sasaran serangan udara di selatan Gaza awal bulan ini, manakala abangnya terkorban pada pertengahan Oktober tahun lalu. Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengagung-agungkan serangan rejim Zionis yang berjaya membunuh puluhan ribu pejuang Palestin, termasuk Sinwar yang digelar ‘shadow’ atau bayang-bayang. Sewaktu di Parlimen, Netanyahu menyifatkan pencapaian perang selama 600 hari itu kononnya berjaya mengubah wajah…

Read More