31 kes baharu Singapura, 7 import

SINGAPURA 2 Jun – Singapura melaporkan 31 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 62,100.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 24 adalah kes dalam masyarakat manakala tujuh lagi kes import.

Daripada 24 kes dalam masyarakat, 19 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu, 18 daripadanya sudah dikuarantin dan satu dikesan melalui pengawasan.

Lima lagi kes tidak mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya.

Bagi kes import pula, enam melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap dan semuanya dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya di Singapura.

Related posts

Leave a Comment