KUALA LUMPUR 26 Mei – Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ‘ASEAN 2045: Our Shared Future’ menjadi pelan hala tuju baharu ke arah membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik serta berpaksikan rakyat. Dokumen strategik jangka panjang menggantikan pelan ‘ASEAN 2025: Forging Ahead Together’ yang dimeterai hari ini merangkumi 500 langkah strategik dalam usaha memperkukuh masa depan serantau bagi dua dekad akan datang. Untuk rekod, ASEAN 2025: Forging Ahead Together’ dimeterai ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015. Dokumen penting itu ditandatangani Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Singapura, Lawrence…
Read MoreDay: May 26, 2025
Mangsa rabies pernah dicakar kucing
KUCHING 26 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun menjadi mangsa terbaharu iaitu kes pertama jangkitan rabies atau wabak anjing gila dalam kalangan manusia di Sarawak pada tahun ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dr Stephen Rundi Utom berkata mangsa dari Kampung Segedup, Batu Kawa di sini, kini dalam rawatan lanjut. Beliau berkata mangsa mula dikesan mengalami gejala demam, hilang selera makan, muntah, halusinasi, meracau, sukar berjalan dan sukar minum air pada 21 Mei lalu. Katanya, kanak-kanak itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta sebelum…
Read MoreAhmad Fauwaz Mufti Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 26 Mei – Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa Jumaat lalu, 23 Mei 2025. Ahmad Fauwaz adalah anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor dan memiliki kelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar serta Universiti Malaya, selain menjalani latihan kefatwaan di Dar al-Ifta, Mesir. Pada Oktober lalu, kerajaan melantik Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah mangsa dan pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH). Sementara itu,…
Read MoreTempoh DUN Johor masih ada
ISKANDAR PUTERI 26 Mei – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan dibuat lebih awal memandangkan penggal pentadbiran kerajaan negeri hanya akan berakhir pada April 2027, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata dengan tempoh dua tahun lagi, tumpuan penuh adalah kepada kerja-kerja pembangunan ekonomi dan infrastruktur demi manfaat rakyat. “Ini bukan musim pilihan raya, penggal pentadbiran hanya akan tamat pada April 2027, ada dua tahun lagi jadi seperti dititahkan Pemangku Sultan Johor untuk kita fokus pembangunan negeri Johor. “Marilah kita cari titik persamaan agar kerjasama dapat dicapai dan…
Read MoreBerita pilihan…..
Lagi wartawan Palestin terbunuh
KAHERAH -Sekurang-kurangnya 38 rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa serangan udara terbaru Israel di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam, termasuk kanak-kanak, pegawai kanan perkhidmatan kecemasan dan wartawan. Menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan berasingan itu menyasarkan kawasan Khan Younis di selatan, Jabalia di utara dan Nuseirat di tengah Gaza. Di Jabalia, wartawan tempatan, Hassan Majdi Abu Warda, bersama beberapa ahli keluarganya, terbunuh selepas kediaman mereka dibedil awal pagi Ahad menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh sejak Oktober 2023 meningkat kepada 220 orang. Sementara itu, di Nuseirat, satu lagi…
Read MoreSepanyol gesa sekatan terhadap Israel
MADRID – Masyarakat antarabangsa digesa terus memberi tekanan dan melaksanakan sekatan terhadap Israel bagi menghentikan perang di Gaza yang sudah mengorbankan hampir 54,000 nyawa termasuk kanak-kanak. Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, berkata perang tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan itu mesti dihentikan dan bantuan kemanusiaan perlu dibenarkan masuk ke wilayah Gaza tanpa syarat dan tidak dikawal tentera Israel. Gesaan itu dibuat ketika negara Eropah dan Arab berhimpun di Madrid, semalam, bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik di Asia Barat yang semakin meruncing itu. Mesyuarat itu disertai wakil negara Eropah…
Read More