Abbas lantik Naib Presiden PLO

RAMALLAH – Hussein al-Sheikh 64, pemimpin veteran gerakan Fatah sebagai Naib Presiden pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) , sekali gus meletakkannya sebagai calon pengganti kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Dianggap sebagai orang kepercayaan presiden, Hussein dianggap sebagai orang kepercayaan presiden itu.

Jawatan Naib Presiden diwujudkan dalam satu konvensyen yang diadakan di Ramallah minggu ini, susulan tekanan antarabangsa bertahun-tahun untuk melakukan reformasi dalam PLO.

Keputusan itu juga seiring dengan hasrat kuasa Arab dan Barat membayangkan peranan yang lebih luas untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam pentadbiran selepas perang di Semenanjung Gaza

Ditubuhkan pada 1964, PLO diberi mandat untuk runding dan menandatangani perjanjian antarabangsa bagi pihak rakyat Palestin, manakala PA bertanggungjawab mentadbir urus beberapa bahagian wilayah Palestin.

PLO adalah sebuah pertubuhan payung yang merangkumi beberapa puak Palestin, namun tidak termasuk kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam, yang kini sedang berperang dengan pasukan Israel di Gaza.

Nnn

Related posts

Leave a Comment