PORT DICKSON 27 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatkan kadar keluar mengundi, sekali gus mencerminkan kehendak sebenar pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata setiap kali PRK diadakan, peratusan keluar mengundi sangat rendah sehingga ada yang mencecah sehingga kurang 50 peratus. “Sebagai contoh, semalam peratus keluar mengundi hanya 58.9 peratus. Ini menunjukkan kadar penyertaan yang rendah, malah dalam beberapa PRK sebelum ini, peratusannya pernah mencecah kurang 50 peratus,” katanya. Katanya, peratusan rendah itu juga menyumbang kepada kekalahan…
Read MoreDay: April 27, 2025
PN patut fokus kos sara hidup
SEPANG 27 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning memang diduga walaupun berdasarkan momentum politik, Perikatan Nasional (BN) masih ada peluang, walaupun sukar. Bagaimanapun kata Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali, PN menerima kekalahan disebabkan kelemahan strategi terutama isu-isu yang diketengahkan. “PN terlalu ghairah dengan UMDAP untuk menimbulkan kebencian orang Melayu disebabkan parti itu bersekongkol dengan DAP, ditambah pula isu babi yang dilihat membantu BN dan menimbulkan kebencian pengundi Cina,” katanya. Menurut Ibrahim, PN sepatutnya memfokuskan kos sara hidup sebagai isu…
Read MoreBerita pilihan…
Sedia pertahan Pakistan
ISLAMABAD – Pakistan bersedia mempertahankan negara itu susulan serangan maut di Kashmir yang ditadbir India, yang menyaksikan 26 pelancong dibunuh pengganas 22 April lalu, di Pahalgam, Kashmir. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, jugq menggesa siasatan pemulihan dijalankan, selepas India menuduh negara itu menyokong keganasan rentas sempadan. “Angkatan tentera kita berani, kekal berupaya dan bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan kedaulatan negara,” kata Sharif ketika berucap dalam satu majlis ketenteraan di Abbottabad. Serangan berkenaan adalah serangan terburuk ke atas orang awam di wilayah majoriti Islam itu dalam tempoh 25 tahun. Tentera India dalam…
Read MoreAbbas lantik Naib Presiden PLO
RAMALLAH – Hussein al-Sheikh 64, pemimpin veteran gerakan Fatah sebagai Naib Presiden pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) , sekali gus meletakkannya sebagai calon pengganti kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas. Dianggap sebagai orang kepercayaan presiden, Hussein dianggap sebagai orang kepercayaan presiden itu. Jawatan Naib Presiden diwujudkan dalam satu konvensyen yang diadakan di Ramallah minggu ini, susulan tekanan antarabangsa bertahun-tahun untuk melakukan reformasi dalam PLO. Keputusan itu juga seiring dengan hasrat kuasa Arab dan Barat membayangkan peranan yang lebih luas untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam pentadbiran selepas perang di Semenanjung Gaza…
Read More