41.6 % penduduk lengkapi dua dos

PUTRAJAYA 25 Ogos – Sebanyak 13,580,934 individu atau 41.6 peratus penduduk di Malaysia telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 18,631,593 individu atau 57.1 peratus sudah menerima dos pertama.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat semalam, kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 32,212,527 dos.

Setakat ini, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 58.0 peratus setakat semalam berbanding 56.9 peratus, pada Isnin.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam mencatatkan peningkatan kepada 420,164 dos berbanding 396,576 dos pada Isnin, dengan 265,160 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 155,004 adalah dos pertama.

Labuan mendahului senarai peratusan keseluruhan populasi lengkap divaksinasi dengan 63.7 peratus

Ia disusuli Lembah Klang yang merekodkan 62.9 peratus, Sarawak (62.2 peratus); Negeri Sembilan (53 peratus) dan Perlis (44.9 peratus).

Pulau Pinang pula hanya mencatatkan 37.7 peratus; Melaka (35.2 peratus); Perak (31.8 peratus); Pahang (31.3 peratus); Johor (28.9 peratus); Terengganu (28 peratus); Kedah (27.7 peratus); Kelantan (25.4 peratus) dan Sabah (23 peratus).

Related posts

Leave a Comment