PN patut fokus kos sara hidup

SEPANG 27 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning memang diduga walaupun berdasarkan momentum politik, Perikatan Nasional (BN) masih ada peluang, walaupun sukar.

Bagaimanapun kata Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali, PN menerima kekalahan disebabkan kelemahan strategi terutama isu-isu yang diketengahkan.

“PN terlalu ghairah dengan UMDAP untuk menimbulkan kebencian orang Melayu disebabkan parti itu bersekongkol dengan DAP, ditambah pula isu babi yang dilihat membantu BN dan menimbulkan kebencian pengundi Cina,” katanya.

Menurut Ibrahim, PN sepatutnya memfokuskan kos sara hidup sebagai isu utama, sesuatu yang memang berlaku di samping kehilangan beras tempatan dan kerajaan Madani yang retorik, indah khabar dari rupa dan gagal menunaikan janji.

“Jika PN membawa isu kos sara hidup sebagai isu utama, ia akan dilihat membela semua kaum kerana semua kaum terlibat dengan kos sara hidup.

Namun isu UMDAP dan babi menjadi isu utama, satu strategi bodoh dan banggang kerana politik sentimen sahaja pada ketika era anak muda zaman AI hari ini sudah ketinggalan zaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibrahim menarik perhatian, sama ada sedar atau tidak, perubahan mana-mana kerajaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) adalah disebabkan kos sara hidup.

“Saya ikuti kempen dan dengar ceramah semua parti yg bertanding termasuk PSM. Ceramah pemimpin PN bunyi sedap macam lagu Hindi, syok sendiri dan membesar diri. Substance dan isi nya kosong kecuali UMDAP dan babi,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan PN supaya tidak sombong untuk mendapat maklum balas dari segi strategi dan isu dari pihak pemegang taruh, jika tidak dalam menghadapi PRU16, PN hanya mimpi siang hari manakala PH/BN terus selesa.

Mengenai pola pengundian, Ibrahim berpendapat, undi Melayu UMNO akar umbi kekal tidak berubah walaupun pelbagai isu yang UMNO hadapi.

“Jika lari pun sekitar 20 hingga 30 peratus di sebabkan cengkaman politk wang dan peranan agensi-agensi kerajaan yang orang Melayu B40 termasuk ibu tunggal, orang tua miskin yang tidak boleh berpisah dengan parti yang menguasai kerajaan

Inilah periuk nasi orang Melayu, dulu,kini dan selamanya serta ditambah dapat RM200, RM500, RM1000 setiap kali PRK. Parti lawan pun bagi tapi tidak mampu mengatasi pemberian dilakukan parti yang menguasaikerajaan” dakwa ibrahim .

Nnn

Related posts

Leave a Comment