Pertukaran 31 MoU, dokumen Malaysia China

PUTRAJAYA 16 April  – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping hari ini menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman (MoU) dan dokumen yang merangkumi pelbagai sektor kerjasama. Majlis itu diadakan di Kompleks Seri Perdana di sini, petang ini, sempena lawatan negara tiga hari Xi ke Malaysia bermula Selasa. Kementerian Komunikasi menyaksikan kerjasama dalam bidang berita dan maklumat serta penyiaran termasuk MoU antara kerajaan Malaysia dan Agensi Berita Xinhua dari China. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing masing-masing mewakili Malaysia dan China dalam pertukaran…

Read More

Kwong Wah Yit Poh pula dipanggil MCMC

PUTRAJAYA 16 April – Akhbar Kwong Wah Yit Poh pula dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasminya, hari ini. Kenyataan MCMC malam ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana kandungan terbabit dimuat naik secara dalam talian. “MCMC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut, sekiranya perlu,” kata kenyataan itu. Suruhanjaya itu turut memberi amaran tegas kepada…

Read More

KDN panggil Sin Chew Daily

KUALA LUMPUR 16 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan serta-merta terhadap Sin Chew Daily berikutan penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar mereka, semalam. Dalam kenyataan hari ini, KDN berkata pihak Sin Chew Daily sudah dipanggil hari ini bagi tujuan siasatan mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]. KDN yang kesal dengan kecuaian itu dan memandang serius perkara berkenaan juga sdah menyerahkan Surat Tunjuk Sebab. “Perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa…

Read More

Kesilapan Jalur Gemilang tidak boleh diterima

KUALA LUMPUR 16 April – Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara. bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, tetapi mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata. “Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa,” titah baginda melalui satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim. Justeru baginda mengingatkan…

Read More

Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi

TANJONG 16 April – Lebuhraya Bandar Cassia di Bandar Cassia (Batu Kawan) Seberang Perai Selatan akan dinamakan Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengekalkan legasi Perdana Menteri Kelima yang berasal dari Pulau Pinang. Pada masa sama, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang juga bersetuju supaya bendera negeri dikibar separuh tiang Jumaat ini membabitkan semua premis kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri. Pemilik premis bukan kerajaan juga diseru untuk berbuat demikian sebagai tanda penghormatan kepada Abdullah. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata perkara itu amat siginifikan untuk menghargai…

Read More

MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

KUALA LUMPUR 16 April – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas akan dinamakan semula menjadi MRSM Tun Abdullah Badawi. Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi mengenang jasa bekas Perdana Menteri kelima itu. “Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya akan mendapatkan persetujuan Menteri (Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” katanya di Facebook beliau hari ini. Allahyarham Abdullah pernah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008. Beliau…

Read More

Putra gesa siasat isu Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR 16 April – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan sama ada berlaku rasuah atau salah guna kuasa berhubung pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini. Ahli Dewan Tertinggi Putra Malaysia, Mohamed Shahrin Ismail berkata, siasatan juga meliputi kadar nilai pampasan bayaran daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Putra turut mempersoalkan mengapa isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru tidak dibincangkan di Kabinet pentadbiran sebelum ini sehingga pemaju mendapat lampu hijau melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. “SPRM diminta menyiasat siapa…

Read More

Sambutan negara Presiden China

KUALA LUMPUR 16 April – Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan Jinping pada pukul 10.30 pagi. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet. Istiadat sambutan di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja…

Read More

Dunia setuju perjanjian hadapi pandemik

GENEVA – Selepas lebih tiga tahun rundingan, negara di seluruh dunia akhirnya bersetuju mewujudkan perjanjian penting bagi menghadapi pandemik pada masa akan datang, hasil iktibar daripada kesilapan yang berlaku semasa krisis Covid-19. Perjanjian itu dimuktamadkan awal pagi tadi selepas sesi akhir yang panjang di ibu pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyifatkan kejayaan mencapai persetujuan itu sebagai detik bersejarah bagi dunia. “Negara di dunia mencipta sejarah hari ini. Perjanjian ini bukan sahaja menjadikan dunia lebih selamat, tetapi juga menunjukkan bahawa semangat kerjasama…

Read More