SUBANG JAYA 4 April – Polis membuka satu kertas siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur jenayah yang mengakibatkan insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini, kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan. Beliau berkata, pihak berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan yang akan meneliti sama ada wujud jenayah khianat atau kecuaian di sebalik kejadian itu. “Siasatan ini bermula semalam kerana sejak hari pertama kejadian, agensi tindak balas giat melakukan aktiviti mencari dan menyelamatkan mangsa serta menempatkan penduduk yang terjejas di pusat pemindahan sementara…
Read MoreDay: April 4, 2025
Polis sahkan ada aktiviti mengorek tanah
SUBANG JAYA 4 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan terdapat aktiviti mengorek tanah dilakukan berhampiran lokasi letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights di sini, pada 30 Mac lalu. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya bagaimanapun perlu menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada kerja pengorekan tanah itu adalah punca kejadian terbabit pada Selasa lalu. “Kerja mengorek tanah dibuat bagi menggantikan paip kumbahan, terletak kira-kira 30 meter (m) dari lokasi letupan. Namun, kita belum mengenal pasti sama ada mereka turut membuat kerja pada hari…
Read MorePenjawat awam ditahan edar bahan lucah
KUALA LUMPUR 4 April – Penjawat awam dan akauntan antara empat individu ditahan kerana memiliki dan mengedar bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) menerusi operasi Cyber Guardian membabitkan enam negara bermula 24 Februari hingga 28 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata individu terbabit berusia 26 hingga 49 tahun itu ditahan di sekitar Kajang, Ampang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam. Beliau berkata, semua mereka memiliki lebih 50,000 bahan lucah kanak-kanak yang disimpan dalam pelbagai peranti elektronik dan penahanan empat suspek itu susulan maklumat serta operasi bersepadu…
Read MoreBerita pilihan…
97 terbunuh serangan udara Israel
GAZA – Sebanyak 97 mangsa terbunuh akibat serangan udara Israel dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk sekurang-kurangnya 20 mangsa yang terkorban sekitar waktu subuh di Shejaia, di pinggir bandar di utara Gaza. Pasukan penyelamat berdepan tugas ngeri mengeluarkan 31 mayat termasuk 19 kanak-kanak, selepas serangan Israel memusnahkan sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan bagi pelarian Palestin di sini. Pada Khamis, satu lagi serangan udara Israel meragut nyawa sekurang-kurangnya 31 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, di dalam sebuah bangunan sekolah yang dijadikan tempat perlindungan. Bagaimanapun, tentera Israel berkata serangan itu…
Read MoreRakyat Palestin terus jadi pelarian
GAZA – Tentera Israel mara ke dalam runtuhan di bandar Rafah untuk menawan bandar itu menyebabkan ratusan ribu penduduk Palestin kembali menjadi pelarian bagi mencari perlindungan. Sehari selepas mengisytiharkan hasrat mereka untuk menawan sebahagian besar kawasan yang sesak itu, tentera Israel mara ke bandar di pinggir selatan Gaza yang menjadi tempat perlindungan terakhir bagi pelarian dari kawasan lain. Kawasan berkenaan merangkumi sebahagian daripada ‘zon keselamatan’ baharu yang diumumkan ingin dikuasai pasukan pertahanan Israel (IDF). Pakar perubatan berkata, tiga peluru berpandu memusnahkan bangunan sekolah Dar Al-Arqam di kejiranan Tuffah di Gaza.…
Read More