KUALA LUMPUR 30 Mac – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen dan radio tempatan. Sementara itu,…
Read MoreDay: March 30, 2025
Selesai masalah tanpa kecoh, kecederaan
KUANTAN 30 Mac – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah menitahkan sebarang permasalahan melibatkan peniaga dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diselesaikan dengan cara yang paling wajar, tidak melibatkan kekecohan apatah lagi kecederaan. Titah Baginda, apa jua bentuk urusniaga yang dijalankan perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang antaranya peniaga perlu memohon lesen atau permit perniagaan manakala PBT pula perlu menyediakan tempat yang khusus dan selamat untuk semua pihak. Justeru baginda melalui Facebook Kesultanan Pahang menasihatkan para peniaga dan PBT di negeri ini…
Read MoreAbang Belon dapat tajaan umrah
SEPANG 30 Mac – Pendakwah, Ebit Lew menawarkan tajaan umrah kepada peniaga belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini. Menerusi kenyataan di Facebook, Ebit berkongsi momen menyentuh hati ketika menziarahi Muhamad Za’imuddin Azlan, 29, yang mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang belakang. “Alhamdulillah, dapat ziarah abang belon, Zaim. Sampai tadi Zaim peluk menangis kuat-kuat. Ustaz, saya nak raya, tolong saya…Allahuakhbar, berat ujian Zaim. “Orang Jerantut, Pahang… kadang-kadang kita rasa ujian kita berat rupanya ada yang lagi berat,” katanya. Muhamad Za’imuddin terpalit…
Read MoreJiwa kacau berdepan karenah insan ‘kerdil’
MENYELAK kembali kisah layanan terhadap Pak Cik OKU, Pak Cik PetaI, Abang Belon, timbul persoalan di manakah nilai kemanusiaan, adab dan budaya Melayu ketika ‘melayani’ karenah insan kerdil yang ‘tidak punyai apa-apa’. Benar tugas penguat kuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tiada siapa boleh pertikaikan. Yang bersalah itu mesti dihukum walaupun kesalahannya mencuri susu untuk anak yang sedang kelaparan. Tetapi ketika bertindak di mana hilangnya budaya dan adab ketika berdepan manusia yang hanya bersenjatakan belon, petai, mulut atau tingkah laku? Mereka itu bukannya bersenjata parang, pistol atau bom tangan, paling tidak…
Read MoreBerita pilihan…
Hamas setuju gencatan senjata baharu
ISTANBUL – Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata baharu di Gaza yang dikemukakan Mesir dan Qatar, dengan harapan Israel tidak akan menghalang pelaksanaannya. “Kami menerima cadangan daripada saudara-saudara kami di Mesir dan Qatar yang menjadi perantara rundingan ini. “Kami menyambut baik cadangan ini dan menerimanya. Kami berharap pihak penjajah tidak akan mensabotaj atau menggagalkan usaha para perantara,” kata Ketua Hamas di Gaza, Khalil al-Hayya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung sempena Aidilfitri. Al-Hayya tidak mendedahkan butiran cadangan itu, tetapi laporan antarabangsa menyebut bahawa Mesir dan Qatar telah mencadangkan satu perjanjian…
Read MoreKabinet Syria dominasi sekutu rapat
DAMSYIK- Presiden sementara Syria, Ahmed al-Sharaa mengumumkan kerajaan peralihan baharu yang didominasi sekutu rapat dan termasuk seorang wanita, menggantikan pihak berkuasa sementara sejak penyingkiran Bashar al-Assad. Rakan rapat Ahmed memegang jawatan penting, dengan Menteri Luar, Assaad al-Shaibani dan Menteri Pertahanan, Murhaf Abu Qasra mengekalkan jawatan Kabinet mereka, manakala ketua perisikan am, Anas Khattab sebagai Menteri Dalam Negeri. Tokoh pembangkang veteran, Hind Kabawat, seorang anggota minoriti Kristian Syria dan penentang Bashar sejak sekian lama, dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial dan Buruh, wanita pertama yang dilantik Ahmed. Pemimpin White Helmets, penyelamat…
Read More