Cari titik persamaan, elak bibit perpecahan

SHAH ALAM 26 Mac –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan supaya masyarakat Islam mencari titik persamaan untuk diraikan dan mengelak daripada membesar-besarkan perkara kecil yang mampu membawa bibit perpecahan. Baginda mengingatkan supaya mengelakkan sikap caci-mencaci dan memfitnah satu sama lain kerana ia akan menjadi barah membunuh perpaduan umat Islam. “Usaha mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan ini hendaklah diterajui pemimpin dalam kalangan umat Islam sendiri, sama ada pimpinan politik ataupun agama, kerana merekalah yang harus menjadi tauladan utama,” titah baginda Justeru, baginda mengingatkan pemimpin Islam supaya tidak menjadi seperti’api dalam…

Read More

Potongan tol 50 % 2 hari sempena Aidilfitri

AYER KEROH 26 Mac – Kerajaan bersetuju memberi potongan kadar tol musim perayaan sebanyak 50 peratus selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata diskaun berkenaan berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam 28 Mac dan berakhir pada pukul 11.59 malam, 29 Mac membabitkan implikasi kewangan RM19.69 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terbabit. “Inisiatif itu membabitkan kenderaan kelas satu di semua plaza tol kecuali di sempadan negara,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Pejabat Operasi…

Read More

Penjawat awam Johor terima RM1,000

ISKANDAR PUTERI 26 Mac – Sebanyak 20,821  penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri akan menerima bantuan khas kewangan RM1,000 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025. Menteri Besar,  Onn Hafiz Ghazi berkata, pembayaran yang akan di salurkan pada minggu pertama Hari Raya Aidilfitri itu diharap dapat menjadi pemangkin terhadap penjawat awam negeri ini untuk terus berkhidmat penuh dedikasi. “Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi juga memperuntukkan lebih RM30 juta bagi meringankan beban masyarakat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya…

Read More

9,000 penjawat awam Kelantan dapat bantuan

KOTA BHARU 26 Mac – Kerajaan Kelantan mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada 9,000 penjawat awam di negeri itu yang akan dibayar esok. Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Daud berkata bantuan itu bagi menghargai jasa dan bakti mereka yang berkhidmat selama ini diluluskan pada mesyuarat Exco hari ini yang membabitkan peruntukan RM5 juta. “Selain itu, bayaran penghargaan ini turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250,” katanya. Bercakap  pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari…

Read More

Syria kecam serangan Israel

DAMSYIK – Kementerian Luar Syria mengutuk “pencerobohan berterusan Israel di wilayah Syria”, dengan menekankan pergolakan berbahaya” di kampung Kuwayya, wilayah Daraa selatan. Menurut Kementerian itu,  “serangan udara dan artileri berat menyasarkan kawasan kediaman serta pertanian, mengakibatkan enam orang awam terbunuh”, menambah angka korban yang sebelum ini dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan. Pelanggaran ini bermula dengan pencerobohan tentera Israel ke wilayah Quneitra dan Daraa, dalam satu siri serangan berterusan ke atas wilayah Syria yang secara terang-terangan melanggar kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa. Serangan itu juga dilihat sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan…

Read More

Lupa pasport, pesawat berpatah balik

LOS ANGELES – Gara-gara juruterbangnya terlupa membawa pasport, pesawat penerbangan United Airlines ke China terpaksa berpatah balik ke Amerika Syarikat (AS). Menurut data penjejakan penerbangan, penerbangan UA198 dari Los Angeles ke Shanghai berada di atas Lautan Pasifik pada petang Sabtu apabila ia membuat pusingan U dan menuju semula ke San Francisco. United Airlines mengesahkan melalui e-mel bahawa pesawat Boeing 787 yang membawa 270 penumpang itu terpaksa singgah di San Francisco kerana juruterbangnya tidak membawa pasport. “Kami mengatur kru baharu untuk menerbangkan pelanggan ke destinasi mereka pada malam itu,” kata syarikat…

Read More