Guan Eng hormati keputusan CEC

SHAH ALAM 16 Mac – Lim Guan Eng menghormati keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu DAP yang tidak memilihnya semula untuk jawatan Pengerusi Kebangsaan yang disandangnya sebelum ini. Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Setiausaha Agung DAP itunmenjelaskan, beliau menerima keputusan itu kerana ia ditentukan oleh ahli parti sendiri dan bukannya orang luar. “Saya menghormati keputusan dibuat oleh CEC tadi. Masa depan saya ditentukan oleh ahli dan bukan orang luar DAP. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi saya. Sekarang, kita harus bersatu bawah kepimpinan Anthony Loke sebagai Setiausaha…

Read More

Gobind Pengerusi DAP, Guan Eng Penasihat

SHAH ALAM 16 Mac – Lim Guan Eng yang menduduki tangga ke-26 daripada 30 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih hari ini tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP. Sebaliknya mesyuarat pertama CEC malam ini melantik Ahli Parlimen Bagan itu sebagai Penasihat Kebangsaan DAP menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang mengumumkan menarik diri sebelum ini. Manakala jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP kembali kepada keluarga mendiang Karpal Singh apabila Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang memperoleh undi tertinggi dilantik ke jawatan itu. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang juga Menteri…

Read More

Nama ‘besar’ kecundang, 2 MP Melayu terpilih

SHAH ALAM 16 Mac – Beberapa ‘nama besar’ yang juga anggota Parlimen DAP termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, gagal menempatkan diri dalam senarai 30 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan DAP hari ini Teresa yang sebelum ini menyandang jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, hanya memperoleh 1,331 undi daripada perwakilan DAP kali ini. Untuk perbandingan kedudukan, anggota CEC terakhir yang berjaya menempatkan diri dengan menduduki tempat ke-30 adalah Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham yang memperoleh 1,584 undi. Turut tidak tersenarai ialah penyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP merangkap…

Read More

Anwar setuju tempoh jawatan PM 10 tahun

SHAH ALAM 16 Mac – Agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan kerajaan memegang janji melaksana agenda itu. “Ada cadangan yang saya setuju, mengehadkan tempoh Perdana Menteri (kepada) 10 tahun kerana kita tahu, kalau sampai 22 tahun, boleh rosak negara. Saya setuju tetapi kita perlu runding dapatkan dukungan semua parti supaya ada dua pertiga. Jangan bimbang, kalau saya tak mungkin lepas…

Read More

Kongres DAP hanya jemput gabungan PH

SHAH ALAM 16 Mac – Kongres DAP Ke-18 hari ini tidak menjemput Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan Kerajaan Perpaduan yang lain sebaliknya hanya membabitkan kehadiran pemimpin utama gabungan Pakatan Harapan (PH). Justeru Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menafikan dakwaan kononnya pemimpin BN memboikot penganjuran kongres hari ini. “Kita lebih kepada perhimpunan dalam PH. Adakala kita jemput (parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan). Kongres kali ini kita tak jemput (BN dan gabungan lain). (Konvensyen) BN pun hanya jemput parti komponen mereka. Bukannya kita ada apa-apa masalah (antara DAP dan BN) cuma…

Read More

DAP ulangi kesetiaan kepada Anwar

SHAH ALAM 16 Mac –  DAP adalah rakan yang setia kepada Anwar Ibrahim dan akan terus menyokong serta mendukung kepimpinan beliau selaku Perdana Menteri, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng. Katanya, komitmen itu tidak perlu dipertikaikan, dan sudah lama dibuktikan sejak era Tan Sri Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Agung DAP sehingga kepemimpinan parti kini yang diterajui Anthony Loke. “Says nak tekankan sekali lagi, DAP adalah satu rakan yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sokongan kita tidak berbelah bahagi. “DAP berasa bangga kita boleh bantu Datuk Seri…

Read More

DAP longgar syarat wakil rakyat terima anugerah

SHAH ALAM 16 Mac – DAP mula ‘berlembut’ bagi membolehkan wakil rakyatnya menerima anugeraha kebesaran apabila bersedia melonggarkan syarat penerima anugerah atau darjah kebesaran daripada mana-mana Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Parti itu sebelum ini bertegas bahawa semua wakil rakyat harus menumpukan perkhidmatan kepada rakyat dan hanya perlu dipertimbangkan untuk sebarang anugerah selepas bersara daripada jawatan yang dipilih. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.berkata keputusan itu dibuat berikutan ada wakil rakyatnya menerima tawaran anugerah secara…

Read More