Kongres DAP hanya jemput gabungan PH

SHAH ALAM 16 Mac – Kongres DAP Ke-18 hari ini tidak menjemput Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan Kerajaan Perpaduan yang lain sebaliknya hanya membabitkan kehadiran pemimpin utama gabungan Pakatan Harapan (PH).

Justeru Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menafikan dakwaan kononnya pemimpin BN memboikot penganjuran kongres hari ini.

“Kita lebih kepada perhimpunan dalam PH. Adakala kita jemput (parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan). Kongres kali ini kita tak jemput (BN dan gabungan lain). (Konvensyen) BN pun hanya jemput parti komponen mereka.

Bukannya kita ada apa-apa masalah (antara DAP dan BN) cuma kadang-kala kita hanya membabitkan komponen kita sendiri dan (amalan) ini biasalah.

“GPS (Gabungan Parti Sarawak) pun adakan himpunan mereka sendiri, BN pun adakan himpunan mereka sendiri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak, beliau berkata, seperti amalan biasa parti gabungan, DAP akan menggerakkan jentera parti itu untuk membantu calon BN.

“Ini sudah menjadi kebiasaan kita. Dalam mana-mana PRK pun yang membabitkan parti dalam Kerajaan Perpaduan akan kita bantu. Seperti mana juga mereka bantu kita di (PRK DUN) Kuala Kubu Bharu sebelum ini, sudah tentu kita akan bantu di DUN Ayer Kuning juga,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia pada 22 Februari lalu, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Allahyarham menjadi ADUN Ayer Kuning pada penggal pertama selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, pada 2022.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment