Nama ‘besar’ kecundang, 2 MP Melayu terpilih

SHAH ALAM 16 Mac – Beberapa ‘nama besar’ yang juga anggota Parlimen DAP termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, gagal menempatkan diri dalam senarai 30 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan DAP hari ini

Teresa yang sebelum ini menyandang jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, hanya memperoleh 1,331 undi daripada perwakilan DAP kali ini.

Untuk perbandingan kedudukan, anggota CEC terakhir yang berjaya menempatkan diri dengan menduduki tempat ke-30 adalah Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham yang memperoleh 1,584 undi.

Turut tidak tersenarai ialah penyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yang mendapat 1,542 undi.

Turut kecundang, adik kepada Lim Guan Eng, Lim Hui Yin yang juga Timbalan Menteri Kewangan (1,573 undi); Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui (1,261); Ahli Parlimen Klang, V Ganabatiraum(1,254); Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen (1,419) dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang memperoleh 1,311 undi.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, turut gagal berada dalam CEC DAP kali ini apabila masing-masing hanya memperoleh 478 dan 694 undi.

Keputusan penuh CEC itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP, Desmond Tan, di sini, hari ini, selepas hampir tiga jam proses pengiraan undi berlangsung.

Sementara itu, dua anggota Parlimen Melayu turut terpilih menganggotai bagi penggal 2025 hingga 2028 iaitu Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Syahredzan memperoleh undian sebanyak 2,065 manakala Young Syefura 1,943.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo meraih undian tertinggi iaitu 2,785 undi, Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (2,631),  Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi (2,585) dan Exco Kerajaan Tempatan & Pelancongan Selangor Ng Suee Lim memperoleh 2,563 undi.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, berada di tempat kelima dengan 2,508 undi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment