Gobind Pengerusi DAP, Guan Eng Penasihat

SHAH ALAM 16 Mac – Lim Guan Eng yang menduduki tangga ke-26 daripada 30 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih hari ini tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP.

Sebaliknya mesyuarat pertama CEC malam ini melantik Ahli Parlimen Bagan itu sebagai Penasihat Kebangsaan DAP menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang mengumumkan menarik diri sebelum ini.

Manakala jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP kembali kepada keluarga mendiang Karpal Singh apabila Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang memperoleh undi tertinggi dilantik ke jawatan itu.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan pula kekal menerajui DAP sebagai Setiausaha Agung bagi penggal kedua berturut-turut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP bagi menggantikan Gobind.

Lima jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP diisi oleh Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan; serta Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar.

Senarai penuh kepemimpinan CEC baharu DAP diumumkan oleh Loke pada sidang media selepas barisan terbabit dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat itu.

Berikut adalah senarai penuh CEC DAP 2025-2028

Penasihat: Lim Guan Eng

Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming

Naib Pengerusi Kebangsaan:

1) Chong Chieng Jen

2) Teo Nie Ching

3) Datuk Ng Suee Lim

4) Syahredzan Johan

5) J Arul Kumar

Setiausaha Agung: Loke Siew Fook (Anthony)

Timbalan Setiausaha Agung:

1) Sim Chee Keong (Steven)

2) Yeoh Tseow Suan (Hannah)

3) Ramkarpal Singh

Bendahari Kebangsaan: Datuk Ngeh Koo Ham

Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Khoo Poay Tiong

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:

1) Lee Chin Chen

2) Tan Hong Pin

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:

1) Young Syefura Othman

2) Wong Shu Qi

Setiausaha Antarabangsa: P Kasthuriraani

Penolong Setiausaha Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How (Howard)

Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Vivian Wong Shir Yee

Pengarah Strategik: Liew Chin Tong

Pengarah Dasar: Datuk Chan Foong Hin

Pengarah Pilihan Raya: Wong Kah Woh

AJK:

1) Teo Kok Seong

2) Chow Kon Yeow

Related posts

Leave a Comment