MANILA – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadahnya. Bagaimanapun Setiausaha Rendah Pejabat Komunikasi Presiden dan Pegawai Akhbar Istana Claire Castro dalam taklimat media berkata ia bergantung kepada pembelaan oleh bekas Presiden itu di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Menurut laman sesawang ICC, mahkamah tidak mengenakan hukuman mati namun barisan hakim boleh menjatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun atau penjara seumur hidup dalam kes-kes luar biasa. Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga…
Read MoreDay: March 12, 2025
BN senarai pendek 6 nama calon PRK
KUALA LUMPUR 12 Mac – Enam nama sudah disenarai pendek untuk dipilih sebagai calon. Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang dijadualkan pada 22 April depan. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengumuman calonnya akan diadakan seminggu sebelum hari penamaan calon, 12 April depan bersempena Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Ayer Kuning. “Perbincangan sudah saya adakan dengan Menteri Besar Perak selaku Pengerusi BN Perak dan enam nama sudah disenarai pendek. Kita akan umum (calon) sempena pelancaran jentera Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Insya-Allah…
Read MoreIsmail Sabri: Tak timbul isu UMNO tergugat
KUALA LUMPUR 12 Mac – Tidak timbul sebarang isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Naib Presiden parti, Ismail Sabri Yaakob. Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kepemimpinan dan ahli parti menganggap kes berkenaan sebagai kes peribadi yang dihadapi Perdana Menteri Kesembilan itu dan tiada kaitan dengan parti. “Ia tiada kaitan dengan kita secara rasmi, kita berpendirian UMNO tidak pernah terbabit dengan wang dan jongkong emas yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Ia tiada kaitan langsung untuk dana politik…
Read MoreTidak kompromi pihak pertikai Islam, Melayu
KUALA LUMPUR 12 Mac – UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh atau mencabar apa yang disifatkan sebagai asas kestabilan negara, terutama kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu-Bumiputera. Setiausaha Agungnya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa yang sama UMNO tidak sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan. Justeru UMNO menyeru seluruh rakyat untuk mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas negara. “Keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT)…
Read MoreBang Mat tanam bawang rose Ehsan
PUTRAJAYA 12 Mac – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, memanfaatkan ruang kosong di kediaman rasminya dengan mengusahakan tanaman bawang. Mohamad yang mesra dengan panggilan Bang Mat atau Mat Sabu, menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Dr Mohamad Khairil. “Kaedah yang Bang Mat gunakan ialah ‘Raised Garden Box’ dengan keluasan 20′ x 20”, supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Menerusi foto yang dikongsi menerusi hantaran itu, beliau melakukan kerja-kerja menyemai…
Read More11 RAMADAN 1446H
Selamat memasuki fasa kedua Ramadan “Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kefasikan dan kemaksiatan, serta haramkanlah ke atas diriku daripada mendapat kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, wahai Penolong orang yang meminta pertolongan,” (Foto sekitar Masjidilharam 31/12/2024)
Read More16 termasuk Datuk Seri ditahan SPRM
PUTRAJAYA 12 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 individu kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warga negara kepada warga negara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, berkata, mereka ditahan dalam beberapa serbuan semalam menerusi Op Outlander dan Op Birth membabitkan beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor. Katanya, serbuan itu dibuat hasil risikan selama kira-kira setahun dengan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara SPRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)…
Read MoreBerita.pilihan…
Tindak balas Trump terhadap Kanada
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada menggandakan tarif yang dirancangnya ke atas semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 peratus. Langkah itu sebagai tindak balas terhadap tindakan wilayah Ontario mengenakan tarif 25 peratus ke atas bekalan elektrik ke AS. Trump menerusi hantaran di Truth Social, berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu. Menurut Trump, Kanada mesti segera menghapuskan Tarif Anti-Petani Amerika mereka sebanyak 250…
Read MoreUkraine: NATO puji usaha Trump
KOSOVO – Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte memuji Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine. Bercakap pada sidang media bersama Menteri Luar Kosovo, Vjosa Osmani di Pristina, beliau berkata, hasil usaha Trump kini terdapat kejayaan dalam isu Ukraine, khususnya dalam memulakan perbincangan antara Rusia dan Ukraine. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Luar Kosovo, Vjosa Osmani di Pristina. Kenyataan itu dibuat ketika perbincangan yang semakin meningkat dalam perikatan mengenai pengaturan keselamatan…
Read More