Ismail Sabri: Tak timbul isu UMNO tergugat

KUALA LUMPUR 12 Mac  – Tidak timbul sebarang isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Naib Presiden parti,  Ismail Sabri Yaakob.

Presiden UMNO  Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kepemimpinan dan ahli parti menganggap kes berkenaan sebagai kes peribadi yang dihadapi Perdana Menteri Kesembilan itu dan tiada kaitan dengan parti.

“Ia tiada kaitan dengan kita secara rasmi, kita berpendirian UMNO tidak pernah terbabit dengan wang dan jongkong emas yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ia tiada kaitan langsung untuk dana politik atau kutipan yang dibuat UMNO,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, UMNO menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan dan dari segi perundangan terserah pada SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dilaporkan berkata, Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah ‘safehouse’ hasil serbuan dilakukan pihaknya.

SPRM, sebelum itu menyita wang tunai berkenaan dalam bentuk pelbagai mata wang antarabangsa, antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram (kg) jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment