Duterte berdepan hukuman seumur hidup

MANILA – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadahnya.

Bagaimanapun Setiausaha Rendah Pejabat Komunikasi Presiden dan Pegawai Akhbar Istana Claire Castro dalam taklimat media berkata ia bergantung kepada pembelaan oleh bekas Presiden itu di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut laman sesawang ICC, mahkamah tidak mengenakan hukuman mati namun

barisan hakim boleh menjatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun atau penjara seumur hidup dalam kes-kes luar biasa.

Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Penahanan Duterte oleh Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) dan pihak berkuasa tempatan susulan siasatan ICC yang sedang berlangsung berhubung dakwaan bahawa kempen anti-dadahnya menyebabkan ribuan pembunuhan di luar bidang kehakiman semasa beliau menjadi Datuk Bandar Davao City dan kemudian sebagai Presiden.

Castro, seorang peguam berkata ,Duterte perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan di Belanda terlebih dahulu untuk menentukan kesahihan penangkapannya sebelum dibawa ke ICC untuk berhadapan dengan tuduhan.

Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr, berkata dalam satu sidang akhbar sejurus selepas pemergian Duterte ke The Hague, bahawa penangkapan itu dilakukan atas permintaan INTERPOL, bukan ICC.

Nnn

Related posts

Leave a Comment