BN senarai pendek 6 nama calon PRK

KUALA LUMPUR 12 Mac – Enam nama sudah disenarai pendek untuk dipilih sebagai calon. Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang dijadualkan pada 22 April depan.

Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengumuman calonnya  akan diadakan seminggu sebelum hari penamaan calon, 12 April depan bersempena Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Ayer Kuning.

“Perbincangan sudah saya adakan dengan Menteri Besar Perak selaku Pengerusi BN Perak dan enam nama sudah disenarai pendek.

Kita akan umum (calon) sempena pelancaran jentera Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Insya-Allah kira-kira seminggu sebelum hari penamaan calon,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Sebelum ini, Zahid yang juga Presiden UMNO dilaporkan berkata, BN tidak akan mengemukakan calon di luar daripada senarai calon yang disenarai pendek oleh BN Perak.

Katanya, calon yang akan dipertimbangkan itu terdiri daripada kepemimpinan UMNO Bahagian Tapah.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu mengumumkan tarikh bagi penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning akan dilaksanakan pada 12 April depan, diikuti undi awal pada 22 April, manakala tarikh mengundi ditetapkan pada 26 April membabitkan 31,897 pengundi berdaftar.

Nnn

Related posts

Leave a Comment