Tindak balas Trump terhadap Kanada

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada menggandakan tarif yang dirancangnya ke atas semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 peratus.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap tindakan wilayah Ontario mengenakan tarif 25 peratus ke atas bekalan elektrik ke AS.

Trump menerusi hantaran di Truth Social, berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

Menurut Trump, Kanada mesti segera menghapuskan Tarif Anti-Petani Amerika mereka sebanyak 250 peratus hingga 390 peratus ke atas pelbagai produk tenusu AS, yang sejak sekian lama dianggap keterlaluan.

“Saya tidak lama lagi akan mengisytiharkan Darurat Kebangsaan mengenai Elektrik di kawasan yang terancam,” tulis Trump.

Nnn

Related posts

Leave a Comment