Bang Mat tanam bawang rose Ehsan

PUTRAJAYA  12 Mac –  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, memanfaatkan ruang kosong di kediaman rasminya dengan mengusahakan tanaman bawang.

Mohamad  yang mesra dengan panggilan Bang Mat atau Mat Sabu, menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Dr Mohamad Khairil.

“Kaedah yang Bang Mat gunakan ialah ‘Raised Garden Box’ dengan keluasan 20′ x 20”, supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menerusi foto yang dikongsi menerusi hantaran itu, beliau melakukan kerja-kerja menyemai benih bawang atas lima batas yang disediakan.

“Sebelum ini, Bang Mat telah berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk melihat penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar. Usaha ini selaras dengan komitmen kita bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara.

“Insya-Allah, semoga usaha ini membuahkan hasil yang bermanfaat,” katanya yang sebelum ini berjaya menternak ikan tilapia di rumahnya sejak pertengahan tahun lalu,

Untuk rekod Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan oleh PKPS di Selangor Fruit Valley berjaya mengeluarkan sebanyak 28 tan bawang merah kecil bagi fasa pertama tuaian membabitkan tanah seluas 3.2 hektar.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment