Ukraine: NATO puji usaha Trump

KOSOVO – Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte memuji Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine.

Bercakap pada sidang media bersama Menteri Luar Kosovo, Vjosa Osmani di Pristina, beliau berkata, hasil usaha Trump kini terdapat kejayaan dalam isu Ukraine, khususnya dalam memulakan perbincangan antara Rusia dan Ukraine.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Luar Kosovo, Vjosa Osmani di Pristina.

Kenyataan itu dibuat ketika perbincangan yang semakin meningkat dalam perikatan mengenai pengaturan keselamatan pascakonflik di Ukraine, termasuk kemungkinan penempatan pasukan pengaman.

Walaupun Perancis dan UK lantang menyuarakan kemungkinan pasukan Eropah membantu memastikan gencatan senjata, Rutte mengulangi pendirian Trump bahawa keamanan mesti dicapai terlebih dahulu sebelum sebarang usaha pengaman dilakukan.

“Presiden Trump betul bahawa sebelum anda boleh mengekalkan keamanan, ia perlu diwujudkan terlebih dahulu,” kata Rutte.

Nnn

Related posts

Leave a Comment