AS lulus jualan 500 peluru berpandu Patriot

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan 500 peluru berpandu pemintas Patriot bernilai kira-kira AS$2.1 bilion (RM8.52 bilion) kepada Ukraine bagi membantu negara itu mempertahankan diri daripada serangan udara Rusia yang semakin meningkat. Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, pembelian peluru berpandu pemintas canggih PAC-3 itu akan dibiayai sepenuhnya oleh sekutu Ukraine di Eropah serta Kanada. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, sebelum ini berulang kali menggesa Washington mempercepatkan penghantaran sistem Patriot, yang dianggap senjata paling berkesan untuk memintas peluru berpandu balistik Rusia. Kelulusan itu diberikan beberapa hari selepas berlaku ketegangan diplomatik antara…

Read More