Jumlah korban genosid Israel meningkat

GAZA – Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang selepas pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 16 lagi individu yang cedera dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera meningkat kepada 111,749 orang.

Menurut kenyataan itu, masih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka.

Perjanjian gencatan senjata telah berkuat kuasa di Gaza sejak 19 Januari, sekali gus menghentikan sementara serangan Israel yang menyebabkan kemusnahan besar dan meninggalkan enklaf Palestin dalam runtuhan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan Gaza melaporkan pelanggaran gencatan senjata hampir setiap hari oleh tentera Israel.

 

Related posts

Leave a Comment