KUALA LUMPUR 21 Feb. – Penjualan produk gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata, dilarang di semua platform dalam talian mahupun pasaran domestik. Siasatan mendapati produk itu menyalahi keperluan pelabelan yang diperuntukkan bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 (Akta 281). Justeru Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan, tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk terbabit, akan dibuat berdasarkan peraturan berkenaan. “KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ingin memaklumkan bahawa saiz atau bentuk sesuatu makanan adalah tidak dikawal bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Akta 281. Bagaimanapun, ‘konfeksi jeli terkawal’ dengan saiz dan bentuk berdiameter…
Read MoreDay: February 21, 2025
37,683 Pemilih baharu sepanjang Januari
PUTRAJAYA 21 Feb. – Sebanyak 37,683 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 31 Januari 2025. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, semakan boleh dibuat melalui Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2025 (DPT BLN1/2025) yang diwartakan hari ini. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, semakan boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Mac. Selain pemilih baharu, DPT BLN1/2025 juga mengandungi 7,957 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,249 pemilih bertukar kategori…
Read MoreBerita pilihan,,,
Palestin bukan untuk dijual
RAMALLAH – Palestin ‘bukan untuk dijual’ demikian penegasan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sambil menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa. Beliau turut mengulangi ‘pendirian tegas Palestin bahawa tiada bahagian daripada wilayahnya – termasuk Gaza, Tebing Barat atau Baitulmuqaddis – akan dilepaskan’. Abbas menyatakan penegasan itu dalam ucapan perasmian mesyuarat Jawatankuasa Pusat Fatah di Ramallah, tengah Tebing Barat, pada Rabu. Merujuk kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika di Addis Ababa yang berakhir Sabtu lepas, Abbas menyatakan bahawa beliau menegaskan semula pendirian tegas Palestin terhadap sebarang percubaan untuk memindahkan rakyat Palestin. Abbas…
Read MoreJumlah korban genosid Israel meningkat
GAZA – Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang selepas pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza. Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 16 lagi individu yang cedera dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera meningkat kepada 111,749 orang. Menurut kenyataan itu, masih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka. Perjanjian gencatan senjata telah berkuat kuasa di Gaza sejak…
Read More