Kerjasama Andalusia, iKOOP Jabatan Pertanian

PUTRAJAYA 20 Feb. – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad (iKOOP) memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik bagi menyediakan tawaran istimewa mengerjakan umrah dan pelancongan kepada ahli-ahli koperasi.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md. Daud Che Ngah berkata, melalui kerjasama itu koperasi dapat memastikan ahli mereka mendapat perkhidmatan berkualiti tinggi serta meningkatkan kepuasan di samping menghindari isu penipuan pelancongan, umrah dan haji.

Katanya, Andalusia memberi jaminan bahawa penerbangan dan penginapan tersedia lebih awal sebelum jualan pakej dilakukan.

“Kita di Andalusia ingin memberi banyak tawaran apabila tiba masanya mengikut musim. Mereka ini ramai ahli, maka ada tawaran yang kita boleh berikan mengikut kesesuaian pada waktu itu,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai kerjasama strategik di Wisma Tani, hari ini.

Menurut Md. Daud, antara tawaran yang disediakan termasuk potongan harga RM200 untuk seorang ahli yang berdaftar bersama ahli keluarga bagi pakej umrah Andalusia sepanjang musim 1447H/2025-2026M.

Selain itu, katanya, Andalusia turut menawarkan pakej umrah percuma kepada seorang individu bagi setiap pendaftaran 25 ahli dalam satu resit dan tarikh penerbangan yang sama.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad, Azreen Basir berkata, melalui kolaborasi bersama Andalusia, seramai 1,500 ahli berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan disediakan oleh pihak koperasi untuk menunaikan umrah.

Terdahulu, Md Daud menyampaikan tazkirah berkaitan “Kelebihan Syaaban Menjelang Ramadan” kepada anggota koperasi.

Hadir sama Ketua B2B Airlines dan Hotel Andalusia, Yazid Mohamed.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment