TANJONG 20 Feb. – Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini. Kanak-kanak itu dikatakan rebah di Kelas al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA), di Sungai Dua, Butterworth, kira-kira pukul 2.30 petang Selasa. Fahmi sebelum itu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang ( HPP). Sementara itu, Jenazah akan diuruskan di rumah dan dijangka dikebumikan pada pagi esok.
Read MoreDay: February 20, 2025
Perlindungan berganda TH Khairat
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Mulai esok, 21 Februari, Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan perlindungan takaful berganda sehingga RM48,000 kepada pendeposit melalui pendaftaran dua sijil perlindungan TH Khairat dengan setiap pengendali takaful yang dilantik. TH dalam satu kenyataan memberitahu, sebelum ini, pendeposit TH hanya boleh mendaftar satu sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (STMKB) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT). “Bermula 21 Februari pendeposit boleh mendaftar dua sijil perlindungan dengan setiap pengendali takaful, membolehkan seorang pendeposit memiliki hingga empat sijil perlindungan,” kata TH. TH…
Read MoreMINDEF pertahan pajakan 28 helikopter
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kementerian Pertahanan (MINDEF) mempertahankan pendekatan pajakan aset dalam perolehan 28 helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi, berbanding kaedah pembelian terus. Menterinya, Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan empat sebab utama mengapa kerajaan memutuskan untuk menggunakan pendekatan pajakan aset. Salah satu daripadanya adalah bagi menghadapi cabaran ketersediaan aset strategik negara yang rendah akibat kekangan kewangan kerajaan, serta kesiagaan atau kebolehgunaan aset yang rendah. MINDEF turut mengambil kira aspek pemindahan risiko kepada syarikat pemberi pajak, selain pendekatan pajakan yang turut menjadi pilihan di negara seperti Perancis, United Kingdom (UK), Kanada,…
Read MoreLarangan ke atas Zakir Naik ditarik balik
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Larangan dikenakan polis terhadap pendakwah bebas, Dr Zakir Naik pada 2019 sudah ditarik balik, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata larangan pada 2019 itu adalah susulan kepada siasatan polis yang sedang berjalan terhadapnya membabitkan dua perkara menyentuh sensitiviti kaum. “Saya difahamkan larangan ketika itu dibuat susulan siasatan yang sedang dilakukan sebab beliau mengeluarkan ucapan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. “Mengikut rekod yang ada, dua perkara disebut beliau di Kota Bharu dan Perlis menyentuh sensitiviti kaum. Namun kini larangan itu tiada lagi,”…
Read MoreTiada perkembangan peruntukan pembangkang
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Tiada sebarang perkembangan terkini berhubung isu peruntukan kerajaan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin. Sebaliknya kata Hamzah, sudah banyak penyelaras Parlimen lantik oleh kerajaan bagi kawasan yang diwakili pembangkang. Katanya, apa yang dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, baru-baru ini, hanya membabitkan Ahli Parlimen kerajaan, yang menerima peruntukan khas Perdana Menteri berjumlah RM1.7 juta bagi kawasan Parlimen di Semenanjung serta RM2.2 juta bagi Sabah dan Sarawak. “Nak kemas kini macam mana jika tiada apa-apa yang mereka (pihak…
Read MoreKerjasama Andalusia, iKOOP Jabatan Pertanian
PUTRAJAYA 20 Feb. – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad (iKOOP) memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik bagi menyediakan tawaran istimewa mengerjakan umrah dan pelancongan kepada ahli-ahli koperasi. Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md. Daud Che Ngah berkata, melalui kerjasama itu koperasi dapat memastikan ahli mereka mendapat perkhidmatan berkualiti tinggi serta meningkatkan kepuasan di samping menghindari isu penipuan pelancongan, umrah dan haji. Katanya, Andalusia memberi jaminan bahawa penerbangan dan penginapan tersedia lebih awal sebelum jualan pakej dilakukan. “Kita di Andalusia ingin memberi banyak tawaran apabila tiba…
Read MoreHarapan DAP lebih banyak kejayaan dicapai
KUALA LUMPUR 20 Feb. – DAP berharap lebih banyak lagi kejayaan dicapai pada tahun ini dalam usaha melaksanakan dan menguatkuasakan pelbagai reformasi yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia lebih baik. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, setakat ini antara kejayaan itu adalah peranan Menteri Digital Gobind Singh Deo yang berjaya membawa kajian semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) Begitu juga peranan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang juga Menteri Pengangkutan yang berjaya mendapat peruntukan yang lebih tinggi untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina. Guan Eng berkata demikian ketika berucap…
Read MoreMenunggu penghantaran pulang
SHWE KOKKO: Pekerja warga China yang cedera akibat didera di pusat penipuan dalam talian di Myanmar, berdepan saat mencemaskan sementara menunggu penghantaran pulang ke tanah air. Sebilangan besar warga yang terjebak dengan sindiket penipuan berbilion dolar ini berasal dari China, dan dari beberapa negara lain seperti Filipina, Ethiopia, Brazil serta Nepal. Pasukan Pengawal Sempadan Karen (BGF), sebuah militia berpihak kepada junta Myanmar menyatakan mereka bersiap sedia untuk menghantar pulang 10,000 orang dikaitkan dengan pusat penipuan di kawasan yang mereka kawal berhampiran sempadan Thailand. Situasi dalam sebuah bilik usang di Shew…
Read MoreSemakan daftar pemilih Disember 2024
PUTRAJAYA 20 Feb. – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) akan berakhir pada 22 Februari ini selepas dibuka untuk semakan sejak 22 Januari lalu. Orang ramai boleh membuat semakan sehingga Sabtu ini sama ada melibatkan pengundi baharu, pertukaran bahagian pilihan raya atau pemilih bertukar status/ kategori pengundi. DPT BLN12/2024 yang diperaku dan diwartakan itu mengandungi 42,333 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Disember 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Selain itu, ia mengandungi 7,844 pemilih berdaftar yang…
Read More