Serangan ke atas Jenin diperhebat

RAMALLAH – Buat kali pertama sejak serangan di utara Tebing Barat pada 2002, pasukan pendudukan Israel memperhebatkan serangan dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin.

Perkembangan itu menandakan peningkatan ketara dalam operasi ketenteraan yang berterusan di kawasan berkenaan.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, dalam kenyataan kepada media Israel mengesahkan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya tentera bersiap sedia untuk tinggal lebih lama di kem pelarian.

Israel turut menggantung operasi Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) serta menghalang penduduk daripada kembali ke kediaman mereka.

Sejak permulaan serangan Israel di utara Tebing Barat, lebih 40,000 rakyat Palestin telah dipindahkan secara paksa dari kem pelarian Jenin, Tulkarm, Nour Shams dan Al-Far’a.

Serangan Israel ke atas Jenin dan kem pelariannya yang masuk hari ke-34, mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 kematian, kecederaan serta perobohan sepenuhnya kira-kira 120 rumah dan kemusnahan banyak lagi kediaman dan Infrastruktur lain.

Hari ini, tentera Israel memperluaskan serangan mereka ke bandar Qabatiya, selatan Jenin, dengan mengerahkan kenderaan tentera dan jentolak tambahan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment