KUALA LUMPUR 17 Feb . – – “Adakah saya berada di alam bunian?” soal Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) ketika menyentuh berkaitan beras tempatan katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini. Kalam secara sinis menyatakan dirinya berada dalam ‘alam bunian’ kerana sering menyaksikan pesawah bekerja keras bagi menuai hasil padi, namun ironinya, beras putih tempatan (BPT) masih tiada di pasaran. “Mata kepala saya sendiri melihat petani menanam, membajak, membaja dan meracun haiwan perosak menggunakan dron sebelum memungut hasil tanaman mereka. “Petani menuai bertan-tan padi…
Read MoreDay: February 17, 2025
Sekolah petang pulang lebih awal
PUTRAJAYA 17 Feb. – Sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam akan menamatkan sesi persekolahan seawal pukul 5.30 petang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang Ramadan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bagi sesi petang persekolahan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan tamat pada pukul 5 petang manakala sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa. KPM menyediakan ketetapan berkaitan waktu persekolahan itu bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar dan murid serta guru beragama Islam dapat menunaikan ibadat pada bulan Ramadan dengan selesa. Dalam kenyataannya, KPM…
Read MoreAndalusia bawa Pak cik OKU tunai umrah
SEPANG 17 Feb. – Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang dipukul di Pasar Pagi Jalan Padang Astaka, Chukai Kemaman baru-baru ini berangkat menunaikan ibadah umrah awal pagi ini. Beliau yang dalam kalangan rakan-rakan sekolah dikenali sebagai Paijang ditemani dua anaknya, Nurul Farhana dan Ahmad Faris serta diiringi Adnan Ab Majid, imam Masjid Kampung Batu 2 1/2 Mak Chili, masjid yang sering dikunjungi OKU berkenaan. Pakej 17 sehingga 28 Februari itu ditaja sepenuhnya oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) dengan penerbangan…
Read MorePetronas, Petros bersama jamin kepentingan
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan bergerak ‘sederap’ (serentak) sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kemunculan Petros menunjukkan kewajaran untuk memantapkan persefahaman dan kerjasama bagi memenuhi kerukunan di atas semangat Persekutuan. Katanya, segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus. Anwar pada Sesi Penerangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memperakui aspirasi Sarawak yang berhasrat…
Read MoreTambah 2 tahun lagi Asyraf Pengerusi MARA
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima watikah lantikan untuk tempoh dua tahun lagi sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa 1 Mac ini. Melalui hantaran di laman Facebook, Asyraf Wajdi memaklumkan beliau menerima watikah lantikan itu daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini. Beliau berkata, Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa MARA adalah institusi penting bagi orang Melayu dan Bumiputera yang perlu diperkasakan untuk terus memartabatkan agenda pendidikan serta ekonomi golongan itu. “In syaa-Allah, tanggungjawab yang…
Read MoreGubal Akta Anti-Diskriminasi Kaum – Guan Eng
KUALA LUMPUR 17 Feb . – Sudah tiba masanya Akta Anti-Diskriminasi Kaum (ARD) digubal bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menghasut kebencian kaum dan tindakan ekstremis yang menyasarkan mana-mana komuniti semata-mata atas dasar bangsa atau latar belakang. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ARD penting bagi menghentikan sama ada individu perseorangan yang tidak bertanggungjawab mahupun orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian, mempamer kebencian kaum dengan apa cara sekalipun. Katanya, juga penting bagi menghentikan tindakan provokatif yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan menimbulkan kebencian atau layanan tidak…
Read MoreBerita pilihan…
Hamas dakwa Israel langgar gencatan senjata
KAHERAH – Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas mendakwa, Israel melanggar syarat gencatan senjata selepas tiga pegawai polis Palestin di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza, terkorban dalam serangan udara semalaman.. Pegawai Palestin berkata, Israel juga melanggar syarat gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 19 Januari. dengan terus menyekat kemasukan kelengkapan untuk membersihkan runtuhan serta tempat perlindungan penduduk yang dipindahkan di wilayah itu. Mereka juga mendakwa pesakit dihalang daripada keluar untuk mendapatkan rawatan di hospital di Mesir. Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan berkata tiga pegawai polis yang terbunuh itu dikerahkan ke…
Read MoreIsrael perlu berundur dari Lubnan
BEIRUT – Tentera Israel perlu berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum tarikh akhir esok dan ‘tiada alasan’ untuk tenteranya kekal berada di mana-mana pos kawalan di selatan Lubnan. Menerusi rakaman ucapan yang disiarkan di televisyen, Setiausaha Agung Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan Israel perlu berundur sepenuhnya esok, tanpa sebarang alasan dan tidak dibenarkan berada di lima pos kawalan atau permintaan lain. Di bawah perjanjian gencatan senjata yang diselaraskan Washington pada November lalu, tentera Israel diberi tempoh 60 hari untuk berundur, di mana mereka melancarkan serangan darat terhadap pejuang Hizbullah sejak awal…
Read More