Tambah 2 tahun lagi Asyraf Pengerusi MARA

KUALA LUMPUR  17 Feb. – Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima watikah lantikan untuk tempoh dua tahun lagi sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa 1 Mac ini.

Melalui hantaran di laman Facebook, Asyraf Wajdi memaklumkan beliau menerima watikah lantikan itu daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini.

Beliau berkata, Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa MARA adalah institusi penting bagi orang Melayu dan Bumiputera yang perlu diperkasakan untuk terus memartabatkan agenda pendidikan serta ekonomi golongan itu.

“In syaa-Allah, tanggungjawab yang digalas ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif), tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak.

Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu dilantik sebagai Pengerusi MARA pada Mac 2023 bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen Beaufort,  Azizah Mohd Dun.

Nnn

Related posts

Leave a Comment