KUALA LUMPUR 17 Feb . – – “Adakah saya berada di alam bunian?” soal Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) ketika menyentuh berkaitan beras tempatan katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini.
Kalam secara sinis menyatakan dirinya berada dalam ‘alam bunian’ kerana sering menyaksikan pesawah bekerja keras bagi menuai hasil padi, namun ironinya, beras putih tempatan (BPT) masih tiada di pasaran.
“Mata kepala saya sendiri melihat petani menanam, membajak, membaja dan meracun haiwan perosak menggunakan dron sebelum memungut hasil tanaman mereka.
“Petani menuai bertan-tan padi ke dalam lori untuk dibawa kepada pengilang. Ini berlaku di sawah Sabak Bernam bukan di luar negara namun akhirnya BPT tiada di pasaran.
“Adakah saya berada di alam bunian, sawah bunian, padi bunian… ia tidak mungkin,” katanya.
Sebelum itu Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini.
Kerajaan juga bersetuju menyelaras harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuat kuasa