Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sebanyak 172 calon daripada pelbagai parti politik layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas proses penamaan calon selesai di 56 pusat penamaan calon hari ini. Berikut adalah calon bagi PRN Johor mengikut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). N01 Buloh Kasap: 1. Datuk Zahari Sarip (BN-UMNO) 2. Noraziah Mohd Razit (PH-PKR) (2022: Zahari Sarip: BN-UMNO: Maj: 5,377) N02 Jementah: 1. Saifullah Abdul Wahab (PN-PAS) 2. See Ann Giap(BN-MCA) 3. Ng Kor Sim (PH-DAP) (2022: Ng Kor Sim: PH-DAP: Maj: 714) N03 Pemanis: 1.…
Read MoreDay: June 27, 2026
172 rebut 56 kerusi DUN Johor
JOHOR BAHRU 27 Jun – Sebanyak 172 calon mewakili pelbagai parti politik dan Bebas mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 selepas proses penamaan calon ditutup pukul 10 pagi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkata, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Ini diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 33 kerusi, Parti Bersama Malaysia (Bersama) 15, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) 4; Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing…
Read MoreMachap: Onn Hafiz berdepan calon Amanah
SIMPANG RENGGAM 27 Jun – Satu lawan satu melibatkan persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap apabila Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, bakal berdepan pencabar tunggalnya dari Pakatan Harapan (PH). Onn Hafiz, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor yang akan mempertahankan kerusi itu bagi penggal kedua akan berdepan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah, Nur Hafiz Roslan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor 11 Julai ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Izzul Helmi Ahmad, ketika mengesahkan pertembungan itu memberitahu, kertas penamaan kedua-dua calon diterima tanpa sebarang bantahan. “Saya menerima…
Read MoreBerita pilihan…
Iran sasar lokasi tentera AS di Asia Barat
TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menyasarkan lokasi tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat sebagai tindak balas susulan serangan udara Washington ke atas Iran. Menurut kenyataan pejabat media IRGC yang disiarkan agensi berita Tasnim dan IRNA, pasukan tentera laut Iran melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi yang menempatkan pasukan AS, namun tidak memperincikan lokasi atau butiran operasi tersebut. Dalam kenyataan sama, IRGC mengecam tindakan AS yang didakwa melancarkan serangan udara ke kawasan pesisir Iran. IRGC turut mendakwa tindakan itu mencabuli perjanjian yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan dan pergerakan…
Read More400 domain berkait Piala Dunia dirampas
WASHINGTON – Hampir 400 domain internet yang digunakan untuk menstrim siaran Piala Dunia secara haram dirampas dalam usaha mengekang rangkaian antarabangsa yang meraih keuntungan daripada kejohanan itu. Menurut Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tindakan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk badan induk bola sepak dunia FIFA, serta syarikat penyiaran seperti NBC Universal dan Warner Bros. Domain berkenaan digunakan untuk menawarkan kandungan dilindungi hak cipta, termasuk siaran langsung perlawanan Piala Dunia secara masa nyata tanpa kebenaran. Pihak berkuasa menegaskan bahawa aktiviti ini bukan sahaja melanggar undang-undang hak cipta, malah…
Read More