Kepemimpinan utama PBB kekal

KUCHING 11 Feb. – Kepemimpinan utama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menang tanpa bertanding menjelang Perhimpunan Agung parti itu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Pengerusi Pemilihan Perhimpunan Agung PBB ke-16,  Awang Bemee Awang Ali Basah, berkata, Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg, kekal sebagai Yang Dipertua PBB apabila jawatan itu tidak dipertandingkan.

Bercakap pada sidang media selepas cabutan undi bagi menentukan nombor calon bertanding di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, di sini, hari ini, Awang Bemem berkata dua jawatan Timbalan Yang Dipertua kekal disandang Timbalan Premier iaitu Douglas Uggah Embas dan Awang Tengah Ali Hasan.

Turut tidak dipertandingkan, dua jawatan Naib Yang Dipertua Kanan yang disandang Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dr Stephen Rundi Utom.

Awang Bemee turut mengumumkan semua penyandang jawatan dalam Wanita PBB dikekalkan apabila tiada pertandingan diadakan bagi sayap berkenaan pada perhimpunan agung parti berkenaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu dan Ahad ini.

Berikutan sokongan penuh semua 82 cawangan, Ketua Wanita PBB kekal diterajui oleh Fatimah Abdullah, manakala Timbalan Ketua 1 disandang oleh Angelina Ujang dan  Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebagai Timbalan Ketua 2.

Jawatan Naib Ketua 1 pula kekal disandang oleh  Nancy Shukri, Umang Nangku Jabu sebagai Naib Ketua 2 dan Rubiah Wang sebagai Naib Ketua 3, manakala  13 Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBB turut menang tanpa bertanding sekali gus mengekalkan kestabilan kepimpinan sayap parti itu.

Turut menang tanpa bertanding adalah 13 Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBB turut menang tanpa bertanding sekali gus mengekalkan kestabilan kepimpinan sayap parti itu.

Beliau berkata, persaingan sengit dijangka berlaku bagi jawatan Naib Presiden Sayap Bumiputera PBB yang membabitkan enam calon bertanding bagi merebut empat kerusi yang dipertandingkan.

Calon yang bertanding adalah  Ibrahim Baki,  Len Talif Salleh,  Abdul Karim Rahman Hamzah,  Dr Abdul Rahman Junaidi,  Dr Annuar Rapaee dan  Julaihi Narawi.

“Bagi jawatan Naib Presiden Sayap Pesaka, tiada pertandingan diadakan, sekali gus mengesahkan Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Datuk Gerawat Gala sebagai penyandang jawatan itu,” katanya.

Selain itu, Awang Bemee berkata, Ahli Jawatankuasa bagi Sayap Pesaka dan Sayap Bumiputera turut dipertandingkan yang menyaksikan 19 calon menawarkan diri untuk mengisi 14 jawatan.

Calon yang bertanding bagi sayap Pesaka ialah Henry Kilah, Daniel Jubang,  Jefferson Jamit, Datuk Dennis Ngau, Lesley Luyoh, Lidan Asan, Jawan Nyaun, Datuk Willie Mongin,  Henry Sum Agong, Jampi Tutong, Michael Mujah, Kalang Jok, John Ilus, Dr Simon Sindang, Leonard Jambu, James Agat, Datuk Richard Rapu, Jerip Susil, dan Datuk Paulus Palu Gumbang.

Bagi Sayap Bumiputera pula, sebanyak 16 kerusi dipertandingkan dengan penyertaan 20 calon iaitu  Haidar Khan, Awla Dris, Shafiee Ahmad, Syed Hamzah, Mohamad Duri, Yusuf Abdul Wahab, Datuk Mohd Yusnar, Yakup Arbi, Hadzman Johnny, Zainal Abidin,  Aidel Lariwoo, Comar Amid, Iskandar Turkee, Julaihi Mohamad, Ahmad Ibrahim, Razali Gapur,  Abdullah Saidol,  Mohammad Razi Sitam dan Awangku Jinal.

Dalam Sayap Pemuda PBB, kepimpinan tertinggi menyaksikan perubahan apabila Datuk Martin Ben dilantik sebagai Ketua Pemuda (Pesaka), menggantikan Miro Simuh.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Pemuda kekal disandang oleh Lukanisman Awang Sauni (Bumiputera), manakala Allan Siden Gramong (Pesaka) dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda.

 

foto: Dari kiri (atas) Ibrahim Baki, Len Talif Salleh dan Abdul Karim Rahman Hamzah, manakala dari kiri (bawah), Dr Abdul Rahman Junaidi, Dr Annuar Rapaee dan Julaihi Narawi.

Related posts

Leave a Comment