Erdogan ke Indonesia, disambut Prabowo

SEPANG 11 Feb. – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berlepas ke Jakarta, petang ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Erdogan diberikan upacara pelepasan pulang dengan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Harith Iskandar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.

Selepas upacara itu, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sebuah album khas kepada Erdogan, yang mengandungi gambar-gambar lawatan beliau ke Malaysia.

Pesawat khas yang membawa Erdogan, Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan dan delegasi berlepas dari Kompleks Bunga Raya ke Jakarta pada 5.45 petang.

Lawatan Erdogan itu ialah jemputan daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang mengeratkan hubungan kukuh antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyambut ketibaan Erdogan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma.

“Ia merupakan satu penghormatan bagi saya untuk mengalu-alukan ketibaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Semoga kunjungan ini mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara Indonesia dan Turki,” tulis Prabowo melalui Facebooknya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment