Erdogan ke Indonesia, disambut Prabowo

SEPANG 11 Feb. – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berlepas ke Jakarta, petang ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam. Erdogan diberikan upacara pelepasan pulang dengan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Harith Iskandar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini. Selepas upacara itu, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sebuah album khas kepada Erdogan, yang mengandungi gambar-gambar lawatan beliau ke Malaysia. Pesawat khas yang membawa Erdogan, Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan dan delegasi berlepas dari Kompleks…

Read More

Kepemimpinan utama PBB kekal

KUCHING 11 Feb. – Kepemimpinan utama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menang tanpa bertanding menjelang Perhimpunan Agung parti itu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Pengerusi Pemilihan Perhimpunan Agung PBB ke-16,  Awang Bemee Awang Ali Basah, berkata, Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg, kekal sebagai Yang Dipertua PBB apabila jawatan itu tidak dipertandingkan. Bercakap pada sidang media selepas cabutan undi bagi menentukan nombor calon bertanding di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, di sini, hari ini, Awang Bemem berkata dua jawatan Timbalan Yang Dipertua kekal disandang Timbalan Premier…

Read More

Iswardy Morni lepas semua jawatan PKR

KUCHING 11 Feb. – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni akan melepaskan semua jawatannya dalam parti itu, berkuat kuasa esok (Rabu) susulan dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong tiga tahun lepas, Memetik laporan Astro Awani, Iswardy, 48 melalui satu audio siar miliknya, berkata, tindakannya itu adalah selari dengan keputusan pihaknya untuk tidak meneruskan rayuan kes tersebut, yang diputuskan pada 23 Januari lalu. “Oleh kerana saya tidak merayu maka kekal hukuman itu… kekal rekod jenayah itu kepada saya. Jadi…

Read More

Sambutan rasmi lawatan Erdogan

PUTRAJAYA 11 Feb. – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini. Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan. Erdogan kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Mej Khairul Fakhzan. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota Kabinet, diplomat…

Read More

PM baru tersedar pentingnya tebatan banjir

SEPANG – Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan sebagai pelik cara berfikir Anwar Ibrahim setelah baru menyedari betapa pentingnya projek tebatan banjir yang dibatalkan Perdana Menteri dahulu. Justeru, beliau mendakwa pembatalan projek tebatan banjir yang diluluskan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai sesuatu yang tidak matang dan merugikan negara. Beliau turut mempersoalkan justifikasi Anwar bahawa pembatalan projek itu akan memberi penjimatan RM2 bilion. “Dan peliknya apabila hari ini (semalam) Perdana Menteri mengarahkan Perbendaharaan dan Kementerian Ekonomi supaya memberi kelonggaran bagi mempercepatkan peruntukan yang diperlukan,…

Read More

Tiada hak kembali ke Gaza

WASHINGTON – Rakyat Palestin tidak ada hak untuk kembali ke Gaza di bawah rancangan pengambilalihan Amerika Syarikat (AS) yang digambarkan oleh Donald Trump sebagai “pembangunan hartanah untuk masa depan.” Presiden Amerika Syarikat (AS), itu dilaporkan memberitahu Bret Baier dari Fox News bahawa “saya akan memilikinya” yang merujuk kepada Gaza. Trump turut mencadangkan akan ada sehingga enam kawasan penempatan baharu untuk rakyat Palestin di luar Gaza di bawah pelan tersebut, yang ditolak mentah-mentah oleh dunia Arab dan masyarakat antarabangsa. “Saya bercakap tentang membina tempat tinggal kekal untuk mereka, kerana jika mereka…

Read More

Larang guna vape menjelang Jun 2026

HONG KONG – Menjelang pertengahan 2026, Hong Kong akan melarang pemilikan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di tempat awam sebagai langkah mempergiatkan agenda anti tembakau di negara itu. Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Lo Chung Mau, berkata bagi melindungi golongan muda, pihaknya percaya sudah tiba masanya untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negara itu. Tabiat menggunakan vape masih berleluasa di Hong Kong walaupun pusat kewangan China itu sudah mengharamkan import, pembuatan dan penjualan rokok elektronik serta produk tembakau yang dipanaskan sejak April 2022. “Kami akan memulakannya dengan menggubal…

Read More