Larang guna vape menjelang Jun 2026

HONG KONG – Menjelang pertengahan 2026, Hong Kong akan melarang pemilikan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di tempat awam sebagai langkah mempergiatkan agenda anti tembakau di negara itu.

Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Lo Chung Mau, berkata bagi melindungi golongan muda, pihaknya percaya sudah tiba masanya untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negara itu.

Tabiat menggunakan vape masih berleluasa di Hong Kong walaupun pusat kewangan China itu sudah mengharamkan import, pembuatan dan penjualan rokok elektronik serta produk tembakau yang dipanaskan sejak April 2022.

“Kami akan memulakannya dengan menggubal undang-undang terhadap pemilikan dan penggunaan di luar rumah. Selepas masyarakat terbiasa dengan larangan berkenaan, kami akan melaksanakannya di semua tempat,” katanya.

Menurut Chung Mau, dasar yang pertama kali dicadangkan tahun lalu sebagai larangan menyeluruh terhadap rokok elektronik akan dibawa ke badan perundangan pada April.

Larangan itu akan bermula di tempat awam kerana terdapat banyak masalah penguatkuasaan di kawasan tertutup.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun lalu menyatakan sekitar 35 negara sudah mengharamkan penjualan rokok elektronik.

Pihak berkuasa Hong Kong berharap untuk mengurangkan kadar penggunaan merokok kepada 7.8 peratus tahun ini, berbanding 9.1 peratus pada 2023.

Mengikut undang-undang 2022, sesiapa yang mengimport rokok elektronik ke Hong Kong boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda HK$2 juta manakala penjual dan pengilang boleh dipenjara sehingga enam bulan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment