3 hibrid baharu durian dalam penilaian

KUALA KANGSAR 5 Julai – Tiga hibrid durian baharu berpotensi dilancarkan sebagai varieti premium bagi memenuhi permintaan pengguna serta industri, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),  Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani. Beliau berkata, ketika ini ketiga-tiga hibrid itu sedang melalui proses penilaian bagi memastikan kualiti buah, penerimaan pengguna serta kesesuaiannya untuk ditanam secara komersial. Katanya, walaupun pokok sudah matang, tetapi MARDI mahu memastikan hasil pengeluaran mencukupi sebelum diisytiharkan sebagai klon baharu kerana orang ramai juga mahu merasai sendiri buah berkenaan. Bercakap kepada media pada Program Duriotourism…

Read More

Pulau Langkawi jangan tiru Phuket, Bali

ALOR SETAR 5 Julai – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, Pulau Langkawi adalah aset strategik negeri dan negara yang perlu dipelihara serta dibangunkan secara lestari supaya terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri. Titah baginda, pembangunan Pulau Langkawi perli dibentuk mengikut acuan dan identiti tersendiri, tanpa meniru atau membandingkannya seperti Phuket atau Bali. “Kekuatan sebenar Langkawi terletak pada khazanah alam semula jadi dan warisan unik yang dimilikinya. Justeru, aset berharga ini wajib dipelihara dan dibangunkan secara lestari,” titah baginda. Justeru baginda tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil…

Read More

Andalusia kekal jadi pilihan keluarga Aliff Syukri

SEPANG 5 Julai – Berdasarkan pengalaman dan yakin dengan perkhidmatan yang diberikan, usahawan Aliff Syukri terus memilih Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk menguruskan perjalanan umrah bersama keluarga dan pekerjanya. Ditemani isteri,  Nur Shahida Mohd. Rashid, serta 47 orang terdiri daripada pekerja serta ahli keluarga, Aliff Syukri berlepas ke Tanah Suci Madinah awal pagi ini, menerusi penerbangan Saudia. Aliff Syukri mengakui sudah lebih 15 tahun keluarganya menggunakan perkhidmatan Andalusia malah beliau sendiri sudah lima atau enam kali menggunakan perkhidmatan pengendali haji dan umrah itu. Beliau mengakui pernah pergi dengan…

Read More

Caj baharu kapal lalu Selat Hormus

BEIJING – Iran akan mengenakan caj baharu ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz, dengan jaminan bahawa negara-negara yang dianggap “bersahabat” akan menerima layanan istimewa. Duta Iran ke China Abdolreza Rahmani Fazli ketika ditemui pada Forum Keamanan Dunia di Beijing Abdolreza berkata, negaranya sedang bekerjasama rapat dengan Oman bagi merangka aturan baharu untuk laluan perkapalan strategik itu. Perjanjian awal antara Iran dan AS bagi menamatkan peperangan menetapkan kapal perdagangan boleh melalui Selat Hormuz tanpa dikenakan sebarang caj selama 60 hari, namun masih belum jelas mekanisme yang akan dilaksanakan selepas tempoh…

Read More

Rundingan Iran – AS sanbung 11 Julai

MOSCOW – Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan disambung semula di Pakistan pada 11 Julai ini, dilaporkan bakal merangkumi isu sekatan ekonomi, aset Iran yang dibekukan serta isu nuklear. Komposisi delegasi Iran hanya akan ditentukan selepas majlis pengebumian bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang dijadualkan pada 9 Julai. Sebelum ini, pada 18 Jun lalu, Iran dan AS telah menandatangani satu memorandum secara dalam talian yang memperuntukkan penamatan konflik ketenteraan yang bermula pada 28 Februari. Dokumen berkenaan turut menetapkan garis masa bagi AS menarik balik sekatan maritimnya…

Read More