Amanah tolak dakwaan dilahirkan DAP

SEPANG 1 Feb. – Parti Amanah Negara (Amanah) melalui Biro Mobilisasi akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang sebelum ini mendakwa parti itu dilahirkan DAP. Setiausaha Agungnya, Faiz Fadzil, berkata laporan itu susulan ucapan Muhammad Sanusi pada program Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kedah semalam. Beliau mendakwa fitnah itu sudah lama dimainkan dan ia ditiupkan semula semalam yang menunjukkan betapa terdesaknya Pas untuk terus bermain dengan isu sentimen agama dan kaum. “Saya tegaskan bahawa Amanah tidak ditubuhkan untuk melawan Pas dan…

Read More

Afdlin berhak nafi, siasatan diteruskan

PUTRAJAYA 1 Feb. – Siasatan perolehan projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dijalankan pihak audit dalaman DBKL dan dijangka siap minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha berkata Afdlin Shauki berhak menafikan tuduhan itu, namun dari sudut tatakelola, jabatan khususnya dan agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan perlu melaksanakan perkara yang sepatutnya. Katanya, siasatan akan membabitkan semua pihak termasuk memanggil Afdlin  memberi keterangan. “Saya berharap DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan melaksanakan siasatan ini sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Hari…

Read More

Beri kuasa negeri urus padi

ALOR SETAR 1 Feb. – Menteri Besar,  Muhammad Sanusi Md Nor menggesa kerajaan memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan tanaman dan industri padi bagi memulihkan bekalan beras tempatan.. Katanya, masalah ketiadaan bekalan beras tempatan tidak akan selesai selagi kegiatan yang didalangi kartel tidak dibanteras sepenuhnya oleh agensi berkaitan. Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Itu juga mendedahkan berlakunya kegiatan menukar bungkusan beras tempatan kepada beras import menyebabkan isu ketiadaan bekalan beras tempatan di pasaran berlarutan. “Mereka kata Menteri Besar buat apa beras hilang kerana padi tanam di Kedah? Cuba…

Read More

Kemusnahan hutan meningkat di Indonesia

BANGKOK – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan , Auriga Nusantara, mendedahkan 261,575 hektar (646,366 ekar) hutan primer dan sekunder di seluruh Indonesia musnah pada 2024, lebih 4,000 hektar berbanding tahun sebelumnya. Pengerusi Auriga Nusantara, Timer Manurung berkata, keadaan itu membimbangkan, kerana berlaku peningkatan penebangan hutan secara haram. Justeru beliau menggesa perlindungan ‘segera’ hutan di Kalimantan berikutan ia merekodkan kerugian tertinggi. Berdasarkan analisis imej satelit dan kajian di lapangan, penebangan hutan di Indonesia pada 2024 meningkat bagi tahun ketiga berturut-turut. Laporan itu dikeluarkan ketika pakar alam sekitar Indonesia membangkitkan kebimbangan mengenai…

Read More

Komitmen The Hague pertahan hak Palestin

THE HAGUE – Kumpulan The Hague menegaskan komitmen untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawaban terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Wilayah Palestin yang diduduki. Dalam kenyataan bersama, wakil negara anggota menekankan tanggungjawab kolektif untuk mempertahankan hak mutlak semua bangsa, termasuk hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri. Ia berpandukan matlamat dan prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kenyataan itu dibacakan bagi pihak Kumpulan The Hague oleh wakil Afrika Selatan, Zane Dangor dalam satu sidang media bersama selepas wakil-wakil Belize, Bolivia, Colombia, Cuba, Honduras, Malaysia, Namibia, Senegal…

Read More

Tarif baharu dijanjikan Trump bermula

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan meneruskan pelaksanaan tarif baharu yang agresif mulai hari ini, ke atas Kanada, Mexico dan China. Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, dalam satu taklimat berkata, Trump akan berpegang kepada tarikh akhir 1 Februari yang ditetapkannya  melalui satu kenyataan beberapa minggu lalu. Pengesahan Leavitt mengenai tarif baharu itu menamatkan spekulasi sama ada Presiden akan menunaikan janjinya sebagai calon presiden untuk mengenakan duti baharu tersebut. Tarif itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke…

Read More