Beri kuasa negeri urus padi

ALOR SETAR 1 Feb. – Menteri Besar,  Muhammad Sanusi Md Nor menggesa kerajaan memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan tanaman dan industri padi bagi memulihkan bekalan beras tempatan..

Katanya, masalah ketiadaan bekalan beras tempatan tidak akan selesai selagi kegiatan yang didalangi kartel tidak dibanteras sepenuhnya oleh agensi berkaitan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Itu juga mendedahkan berlakunya kegiatan menukar bungkusan beras tempatan kepada beras import menyebabkan isu ketiadaan bekalan beras tempatan di pasaran berlarutan.

“Mereka kata Menteri Besar buat apa beras hilang kerana padi tanam di Kedah? Cuba mereka bagi kuasa beras pada saya kerana kerajaan negeri tidak ada kuasa pada beras. Apabila ditubuhkan MADA pada 70-an, agensi ini mengawal kawasan tanaman padi.

Ada macam-macam agensi kawal industri pula, lesen beli padi, lesen simpan padi, lesen kilang padi kemudian ada lesen simpan dan jual beras, semua ada lesen di bawah kementerian.

“Isu benih tak selesai, saya biasa kata ada kartel kawal industri padi, mereka marah kata saya tak betul. Selagi tak dipecahkan kartel, tak ada kesungguhan keberanian untuk menghadapi kartel ini, isu beras padi tak akan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Muhammad Sanusi berkata kegiatan kartel padi perlu dibanteras sepenuhnya sekiranya kerajaan benar-benar mahu membela nasib petani dan rakyat.

Katanya, petani yang menanam padi dibelenggu masalah apabila ‘diikat’ kilang padi melalui sistem kanchu sejak dahulu lagi menyebabkan mereka terus mengalami kesempitan hidup.

“Ada kartel kawal benih, ada kartel kawal harga belian padi dan jualan beras, menipu petani tetapi mereka marah kata saya tak betul. Mereka tahu tak puak ini tukar bungkusan beras tempatan kepada beras import? Takkan mereka tak tahu kerana kita pun tahu. Orang duduk kampung pun tahu.

“Pada biji beras tak ada ditulis beras import atau tempatan, tapi (tulisan) ada di kampit. Dia tukar bungkusan daripada harga RM23 boleh jual RM43. Itu saja mereka buat, pergi cari periksa,” katanya.

Muhammad Sanusi mendakwa tindakan memberikan kuota membekal anak benih padi kepada pengilang juga tidak sepatutnya berlaku kerana tiada jaminan kualiti.

Katanya, berikutan terlalu banyak subsidi disalurkan melalui pengilang, maka pihak terbabit mampu menentukan harga belian dan jualan padi sedangkan petani menanggung kerugian.

“Orang yang tidak ada petak bendang tapi dapat kuota bekal benih padi, dia nak tanam di mana?. Mereka dapat kuota banyak. Kita tegur kata tak betul perkara ini, dia mana ada bendang, dia ada kilang saja.

“Padi tidak ditanam di kilang, padi ditanam di sawah. Siapa yang ada sawah patut dapat kuota anak benih, tapi bagi pada kilang juga. Kilang itu hendak cari anak benih di mana?.

“Mereka cari di mana-mana yang ada, tidak ada siapa boleh jamin kualiti, tabur tiga kali tapi padi tak tumbuh. Tak cukup kerajaan bagi subsidi, berapa banyak subsidi diberi, tapi masuk kepada kartel juga,” katanya.

Nnnn

 

 

 

 

 

 

Related posts

Leave a Comment