Kemusnahan hutan meningkat di Indonesia

BANGKOK – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan , Auriga Nusantara, mendedahkan 261,575 hektar (646,366 ekar) hutan primer dan sekunder di seluruh Indonesia musnah pada 2024, lebih 4,000 hektar berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi Auriga Nusantara, Timer Manurung berkata, keadaan itu membimbangkan, kerana berlaku peningkatan penebangan hutan secara haram.

Justeru beliau menggesa perlindungan ‘segera’ hutan di Kalimantan berikutan ia merekodkan kerugian tertinggi.

Berdasarkan analisis imej satelit dan kajian di lapangan, penebangan hutan di Indonesia pada 2024 meningkat bagi tahun ketiga berturut-turut.

Laporan itu dikeluarkan ketika pakar alam sekitar Indonesia membangkitkan kebimbangan mengenai rancangan kerajaan untuk menukar berjuta-juta hektar hutan bagi tujuan menghasilkan makanan dan tenaga.

Bagaimanapun seorang pegawai kerajaan mempertikaikan angka itu dengan menyifatkan laporan kumpulan NGO terbabit tidak tepat.

Indonesia antara satu daripada negara yang merekodkan kadar penebangan hutan tertinggi di dunia dengan situasi itu banyak berlaku dikawasan pembalakan, penanaman kelapa sawit dan perlombongan mineral kritikal.

Hutan hujannya adalah antara kepelbagaian biologi paling banyak di dunia, menyediakan habitat penting untuk spesies terancam dan penyerap karbon utama.

Laporan itu dikeluarkan ketika pakar alam sekitar Indonesia membangkitkan kebimbangan mengenai rancangan kerajaan untuk menukar berjuta-juta hektar hutan bagi tujuan menghasilkan makanan dan tenaga.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berikrar untuk meningkatkan sara diri makanan dan tenaga, termasuk memperluaskan bahan api berasaskan bio untuk menurunkan import bahan api.

Kumpulan alam sekitar memberi amaran bahawa rancangan itu akan menyebabkan berlaku bencana membabitkan hutan negara. NGO sama, sebahagian besar penebangan hutan berlaku di kawasan yang dibuka untuk pembangunan oleh kerajaan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment