WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Republikan meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menghalang atlet transgender daripada menyertai sukan wanita.
Menerusi RUU itu, pelajar transgender dihalang daripada menyertai pasukan wanita di mana-mana sekolah atau universiti yang menerima dana persekutuan, walaupun tidak mungkin disokong dan diluluskan sebagai undang-undang oleh Senat.
RUU itu mentakrifkan seks sebagai ‘hanya berdasarkan biologi reproduktif dan genetik seseorang ketika lahir’ dan menghalang atlet transgender daripada mengambil bahagian dalam olahraga ‘yang ditetapkan untuk wanita atau gadis’
Republikan menyerang keras Demokrat dalam isu transgender, terutamanya berkaitan belia dan sukan menjelang pilihan raya 2024, memanfaatkan perang budaya yang lebih luas terhadap hak LGBTQ.
Bagaimanapun, di Senat, Republikan tidak mungkin memperoleh sokongan mencukupi daripada kalangan Demokrat untuk melepasi majoriti mudah 60 undi yang diperlukan di Dewan Tinggi untuk kebanyakan RUU.
Kumpulan advokasi Equality California menyelar RUU itu sebagai ‘satu lagi usaha untuk menafikan maruah dan penghormatan yang patut mereka terima’.