BAITULMAQDIS – Kabinet Israel meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Semenanjung Gaza, selepas lebih enam jam bermesyuarat. Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, mengumumkan perkara itu sehari sebelum perjanjian itu dijadualkan bermula. Kerajaan meluluskan perjanjian itu yang berpotensi membuka jalan untuk mengakhiri perang yang kini sudah berlangsung selama 15 bulan di wilayah Palestin yang dikuasai Hamas. “Kerajaan sudah meluluskan rangka kerja untuk pemulangan tebusan. Rangka kerja bagi pembebasan tebusan akan berkuatkuasa pada hari Ahad,” kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan ringkas. Dalam pada…
Read MoreMonth: January 2025
Media Hari Ini Sabtu 18.01.2025
Berita pilihan…
Blinken yakin gencatan senjata dilaksana
WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, yakin gencatan senjata di Gaza tetap dilaksanakan mulai Ahad ini, walaupun Israel menunggu undian Kabinetnya dan menuduh Hamas menarik balik persetujuan terhadap perjanjian itu. Blinken berkata, bahawa beliau dan pegawai pentadbiran Presiden Joe Biden, yang bakal tamat tempoh perkhidmatannya pada Isnin, sedang berusaha melalui panggilan telefon untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan gencatan senjata yang diumumkan Rabu lalu menerusi pengantaraan Qatar. “Tidak mengejutkan jika dalam proses rundingan yang begitu mencabar ini terdapat perkara yang masih belum diselesaikan. Kami sedang menyelesaikannya sekarang,” katanya pada sidang…
Read More12 pesakit dari Gaza ke Eropah
LONDON – Seramai 12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk menerima rawatan, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tedros Adhanom Ghebreyesus. Mereka diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan. Menerusi kenyataan di X, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada negara itu dan Kesatuan Eropah (EU) bagi Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan atas kerjasama dan sokongan mereka. Beliau berkata, perjanjian gencatan senjata ini menawarkan peluang untuk mempercepatkan pemindahan perubatan untuk lebih 12,000 orang, termasuk…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 17.01.2025
Jemaah umrah kandas, lapan direman
SEPANG 16 Jan. – Mahkamah Majistret di sini membenarkan sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah agensi pelancongan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta. Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan tempoh reman terhadap pasangan itu selama tiga hari sehingga Sabtu. Selain pasangan berkenaan, enam pekerja syarikat agensi pelancongan tersebut termasuk seorang wanita turut direman selama tiga hari. Semalam, pasangan berusia 31 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kira-kira pukul 7 petang, selepas mengadakan sidang media bersama sebuah…
Read MoreKor Ming, apa maksud sebenar ham
SEPANG 16 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan maksud ‘ham’ selepas Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming memberitahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tampil menjelaskan maksud ‘ham’ dinyatakan Kor Ming, dengan menyertakan terjemahan daripada kamus Oxford Learner’s. “Bila ada menteri beritahu ‘ham’ bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali di sini apakah maksud ham dari Oxford Learner’s Dictionary. “‘Ham’ bermaksud daging yang datangnya dari babi. Jika daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, ia mesti…
Read MoreJakim nafi sandwich ada sijil halal
PUTRAJAYA 16 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menafikan dakwaan bahawa produk Ham dan Cheese Sandwich mempunyai sijil halal, kata Ketua Pengarahnya, Dr Sirajuddin Suhaimee. Tegasnya, pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu mendapati, produk berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), malah syarikat yang menghasilkan produk itu juga bukan pemegang SPHM. Hasilnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 diambil oleh pihak KPDN.…
Read More