5 ceroboh landasan KTMB, seorang maut

SHAH ALAM 28 Jan. – Operasi perkhidmatan KTM Komuter mengalami kelewatan pagi ini ekoran terlanggar lima lelaki yang menceroboh masuk ke landasan kereta api di kilometer 34.734 antara Teluk Pulai Klang. Dalam kejadian itu, seorang penceroboh dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi mengalami cedera ringan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan berkata, tren komuter No 2110 itu berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada pukul 6.39 pagi dengan kapasiti 200 penumpang terpaksa berhenti akibat terlanggar penceroboh berkenaan. Penumpang kemudiannya dibawa ke Stesen Klang diiringi anggota Polis Bantuan…

Read More

Empat bank dikenakan penalti

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti RM1.66 juta ke atas empat buah bank pada 11 Julai 2024 berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Dalam satu notis hari ini, BNM memaklumkan, bank berkenaan ialah Malayan Banking Bhd (Maybank), RHB Bank Bhd (RHB Bank), Maybank Islamic Bhd (Maybank Islamic) dan AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment Bank). Ketidakpatuhan yang dilakukan adalah berkaitan penghantaran data kritikal yang lewat, tidak lengkap, dan/atau tidak tepat berkaitan kewangan dan pembayaran, aset dan liabiliti luar, imbangan tunai…

Read More

MCA mohon maaf kepada umat Islam

JOHOR BAHRU 28 Jan. – MCA Johor memohon maaf kepada umat Islam negara ini susulan perkongsian status menghina serta memperlekehkan agama Islam, yang dilakukan tanpa sengaja seorang pentadbir akaun Facebook parti itu 26 Januari lalu. Dalam kenyataan, MCA Johor menjelaskan, perkongsian itu bukan sahaja dilakukan tanpa memaklumkan kepada pemimpin utama MCA negeri malah dilakukan pentadbir yang telah lama bersara dari parti. Individu berkenaan mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA. “MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas perkongsian…

Read More

Nantikan surat dari peguam – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Walaupun mengakui terkhilaf, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dijangka akan menerima surat daripada peguam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. “Nantikan surat daripada peguam saya”, kata Hannah dalam hantaran di X susulan tindakan Razman mengakui terkhilaf mendakwa menteri itu anak pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay. Hannah dalam hantaran di X turut menyifatkan fitnah tidak boleh dijadikan kebiasaan terutama dalam kalangan orang beragama. Beliau berkata ucapan Razman yang menuduhnya itu melebihi seminit dan bukan kurang 10 saat seperti diperkatakan. Terdahulu, media melaporkan Razman dalam…

Read More

PBB kutuk serangan ke atas hospital

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk serangan separa tentera ke atas sebuah hospital di El-Fasher,satu-satunya hospital yang berfungsi di bandar terbesar Darfur. Serangan ke atas hospital yang terletak di wilayah Darfur barat Sudan, itu mengorbankan 70 orang. Menurut Stephane Dujarric, jurucakap Guterres,  serangan  itu berlaku selepas perang selama lebih 21 bulan dan menyebabkan kebanyakan sistem penjagaan kesihatan Sudan rosak. “Guterres mengulangi bahawa, di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mereka yang cedera dan sakit, serta kakitangan perubatan dan kemudahan perubatan, mesti dihormati dan dilindungi pada…

Read More

Google Maps tukar nama Teluk Mexico

WASHINGTON – Google Maps akan menukar nama “Teluk Mexico” kepada “Teluk Amerika” sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS). Menerusi catatan X, perubahan akan dapat dilihat di AS tetapi ia akan kekal sebagai “Teluk Mexico” di Mexico manakala di luar kedua-dua negara, pengguna akan melihat kedua-dua nama. Jabatan Dalam Negeri pentadbiran Trump berkata pada Jumaat ia secara rasmi menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika, dan puncak Alaska Denali kepada Gunung McKinley. Google Maps, yang dimiliki oleh Google Alphabet, akan membuat perubahan serupa…

Read More