Nantikan surat dari peguam – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Walaupun mengakui terkhilaf, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dijangka akan menerima surat daripada peguam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Nantikan surat daripada peguam saya”, kata Hannah dalam hantaran di X susulan tindakan Razman mengakui terkhilaf mendakwa menteri itu anak pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay.

Hannah dalam hantaran di X turut menyifatkan fitnah tidak boleh dijadikan kebiasaan terutama dalam kalangan orang beragama.

Beliau berkata ucapan Razman yang menuduhnya itu melebihi seminit dan bukan kurang 10 saat seperti diperkatakan.

Terdahulu, media melaporkan Razman dalam pengakuan di Facebook semalam, mengakui terkhilaf apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan itu, mempunyai kaitan dengan keluarga Pengasas Kumpulan YTL.

“Dalam ceramah panjang saya semalam (kelmarin), satu minit video telah dikerat oleh media untuk dijadikan tajuk berita. Saya akui terkhilaf mengenai maklumat yang saya kaitkan dengan YB Hannah Yeoh,” katanya melalui muat naik itu.

Susulan itu, Hannah membidas Razman susulan kenyataan yang mengaitkan beliau dengan keluarga Pengasas Kumpulan YTL itu, sambil mengingatkan PAS bahawa tidak semua individu dengan nama Yeoh mempunyai kaitan dengan YTL.

Nnn

Related posts

Leave a Comment