PUTRAJAYA 15 April – Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan harga runcit diesel dan petrol RON95 tanpa subsidi turun mulai esok 16 April hingga 22 April susulan penurunan harga pasaran antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, MoF memaklumkan harga diesel tanpa subsidi turun 75 sen iaitu kepada RM5.97 seliter, berbanding RM6.72 seliter minggu lalu manakala harga runcit RON95 turun 25 sen kepada RM4.02 seliter, berbanding RM4.27.
Harga RON97 juga turun sebanyak 25 sen kepada RM5.10 seliter berbanding RM5.35 seliter.
Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.
“Dengan konflik di Asia Barat yang berlarutan, kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa dan mengambil langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan
Ia di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan,” katanya.
Dalam pada itu, MoF berkata, kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti BUDI95 kekal RM1.99 seliter, diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan (RM2.15 seliter).
Selain itu, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi atau SKPS (RM2.05 seliter) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi atau SKDS (RM2.15 seliter).
Dianggarkan, kerajaan akan menanggung sekitar RM7 bilion sebulan berdasarkan harga semasa.
Subsidi RON95 meningkat daripada sekitar RM300 juta sebelum konflik kepada sekitar RM4 bilion sebulan, manakala subsidi diesel melonjak daripada sekitar RM400 juta kepada sekitar RM3 bilion sebulan.
Nnnn
