Tiada penerbitan akhbar hari ini sempena Tahun Baharu Cina
Read MoreMonth: January 2025
Gaduh isu harga, 2 lelaki ditahan
PASIR GUDANG 29 Jan. – Dua lelaki berusia antara 21 hingga 28 tahun ditahan di Taman Johor Jaya, di sini, kira-kira pukul 6 petang semalam, selepas terbabit dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada isu harga barang mahal. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan kira-kira jam 11.30 malam kelmarin itu akibat salah faham antara peniaga dan pelanggan kerana isu harga barang mahal. Katanya, polis menjalankan siasatan selepas tular rakaman video berdurasi satu minit 41 saat yang dimuat naik di media sosial…
Read MoreHarga diesel naik 5 sen, petrol kekal
PUTRAJAYA 29 Jan. – Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan harga kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari. Dalam kenyataan, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan RON97 kekal pada RM3.43 seliter. “Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter. Harga itu masih rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini,”…
Read MoreBerita pilihan…
Guna undang-undang bagi rundingan damai
MOSCOW – Ukraine boleh menggunakan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun, kata Presiden Rusia Vladimir Putin. Bagaimanapun Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang dan pada masa yang sama rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Volodymyr Zelenskyy sebagai presiden telah tamat. Rusia mendakwa Zelenskyy telah kehilangan kuasa undang-undang untuk menandatangani dokumen rasmi kerana tempoh pemerintahannya tamat pada Mei 2024, dan tiada pilihan raya diadakan selepas itu. Ukraine bagaimanapun menyatakan bahawa Zelenskyy kekal sebagai Presiden yang sah kerana undang-undang perang yang dikuatkuasakan sejak…
Read MoreKebakaran hutan LA ragut 29 jiwa
BERLIN – Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29, susulan seorang mangsa meninggal dunia di hospital hujung minggu lalu akibat kebakaran “Palisades” di pinggir barat Los Angeles. Pihak berkuasa menyatakan kebakaran Palisades kini 95 peratus terkawal, manakala kebakaran Eaton, berhampiran bandar Pasadena, sudah 99 peratus terkawal. Kedua-dua kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 bangunan dan memusnahkan kawasan seluas lebih 150 kilometer persegi sejak awal Januari. Punca kebakaran masih belum diketahui. Sementara itu, semua penduduk di daerah Pacific Palisades dibenarkan memasuki hartanah mereka buat kali pertama…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 29.01.2025
5 ceroboh landasan KTMB, seorang maut
SHAH ALAM 28 Jan. – Operasi perkhidmatan KTM Komuter mengalami kelewatan pagi ini ekoran terlanggar lima lelaki yang menceroboh masuk ke landasan kereta api di kilometer 34.734 antara Teluk Pulai Klang. Dalam kejadian itu, seorang penceroboh dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi mengalami cedera ringan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan berkata, tren komuter No 2110 itu berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada pukul 6.39 pagi dengan kapasiti 200 penumpang terpaksa berhenti akibat terlanggar penceroboh berkenaan. Penumpang kemudiannya dibawa ke Stesen Klang diiringi anggota Polis Bantuan…
Read MoreEmpat bank dikenakan penalti
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti RM1.66 juta ke atas empat buah bank pada 11 Julai 2024 berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Dalam satu notis hari ini, BNM memaklumkan, bank berkenaan ialah Malayan Banking Bhd (Maybank), RHB Bank Bhd (RHB Bank), Maybank Islamic Bhd (Maybank Islamic) dan AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment Bank). Ketidakpatuhan yang dilakukan adalah berkaitan penghantaran data kritikal yang lewat, tidak lengkap, dan/atau tidak tepat berkaitan kewangan dan pembayaran, aset dan liabiliti luar, imbangan tunai…
Read MoreMCA mohon maaf kepada umat Islam
JOHOR BAHRU 28 Jan. – MCA Johor memohon maaf kepada umat Islam negara ini susulan perkongsian status menghina serta memperlekehkan agama Islam, yang dilakukan tanpa sengaja seorang pentadbir akaun Facebook parti itu 26 Januari lalu. Dalam kenyataan, MCA Johor menjelaskan, perkongsian itu bukan sahaja dilakukan tanpa memaklumkan kepada pemimpin utama MCA negeri malah dilakukan pentadbir yang telah lama bersara dari parti. Individu berkenaan mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA. “MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas perkongsian…
Read More