Pemimpin Arab pertama kunjungi Syria

DAMSYIK – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani menjadi pemimpin Arab pertama yang melawat Syria sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad.

Beliau tiba di  di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Khamis dan disambut Ahmed Al-Sharaa, yang diisytiharkan sebagai Presiden sementara Syria.

Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria, dengan Qatar dijangka memainkan peranan utama dalam pembinaan semula, menurut agensi berita Qatar.

Sebelum inj, Qatar menyokong pasukan pembangkang Syria semasa perang saudara negara itu yang berlangsung selama 13 tahun sebelum Assad melarikan diri dari Damsyik ke Moscow pada awal Disember.

Qatar akan memainkan peranan penting dalam pembinaan semula Syria, terutamanya dalam sektor-sektor utama seperti tenaga, pengangkutan dan perumahan yang telah musnah akibat perang saudara.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment